Friday 29 January 2021

Penyampaian Sumbangan Tablet Oleh Team Dermawan

Bersyukur kehadrat Illahi... pada hari ini tiga orang murid dari SK Taman Putra Perdana telah terpilih menerima sumbangan tablet oleh Team Dermawan. Ucapan jutaan terima kasih dari kami warga SK Taman Putra Perdana kepada En Ismawira Amin bin Dato'Ismail, En Raja Adnan bin Raja Ibrahim serta kesemua team tersebut. Sesungguhnya team ini merupakan team yang Allah pilih kerana kesudian dan keprihatinan kepada murid-murid di sekolah ini. Tujuannya yang jelas sangat murni iaitu  untuk membantu murid-murid agar dapat belajar dengan lebih selesa apabila menggunakan  tablet ketika belajar di kelas online. Semoga Allah membalas jasa baik dan melindungi team yang dermawan ini di dunia dan di akhirat kelak.. Aamiin...

Senarai nama tiga orang murid yang bertuah menerima sumbangan tablet:

1) Adik Aina Ammanina binti Zulazlan, 6 Fokus

2) Adik Nur Jannah binti Mohd Arief Haiqal, 6 Efisien

3) Adik Muhammad Zain bin Mohd Zaizi, 3 Nitrux

Semoga sumbangan tablet tersebut akan menjadi sebagai motivasi kepada murid-murid ini untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh lagi demi mencapai kejayaan cemerlang.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa penyampaian sumbangan tablet:

Penyampaian sumbangan tablet kepada Adik Muhammad Zain

Penyampaian sumbangan tablet oleh Adik Nur Jannah

Penyampaian sumbangan tablet kepada Adik Aina Ammanina

Bergambar kenangan bersama team dermawan dan penerima sumbangan

Jom Kongsi : Adab Berkawan dan Ciri-ciri Kawan Yang Baik

 Assalamualaikum, Selamat pagi anak-anak SKTPP

Semoga anak-anak semua sentiasa sihat dan dapat mengikuti kelas PdPR dengan tenang dan gembira. Sekiranya anak-anak semua ada masalah berkaitan kelas PdPR, keluarga dan lain-lain, INGAT!!!...kami di Unit Bimbingan dan Kaunseling sentiasa sedia membantu 😊😊😊

Dalam mengharungi hidup ini, kita pastinya perlukan kawan selain ahli keluarga untuk bercerita dan berkongsi perasaan samada gembira atau sedih.Hari ni cikgu nak berkongsi dengan kamu tentang Adab Berkawan dan Ciri-ciri Kawan Yang Baik. Jom sama-sama kita tonton video yang cikgu sediakan di siniπŸ‘‡. Semoga perkongsian ini boleh dijadikan panduan kepada kamu semua dalam menjaga adab berkawan dan mengamalkan ciri-ciri seorang kawan yang baik.


#Emositerjagakehidupansejahtera

#Staysafeathome

Wednesday 27 January 2021

Jom Kongsi : Panduan Menghadapi Konflik Kerja Rumah Vs PdPR

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua murid-murid SKTPP.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu murid-murid yang dirindui. 

Jangan lupa jaga kesihatan dan kebersihan diri ya..

Semoga kita bertemu lagi.



#kitajagakita
#staysafe
#staysafe
#kiaskukenaldiriku2021

Tuesday 26 January 2021

Penataran Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Sekolah Sekolah KPM Negeri Selangor 2021

Hari ini KPP HEM JPN Selangor bersama MGKK Selangor telah mengadakan satu program khas Penataran Perkhidmatan Bimbingan Bimbingan & Kaunseling Sekolah Sekolah KPM Negeri Selangor bagi Tahun 2021.

Program yang dibuat secara live di Channel Youtube bermula jam 10.00 pagi hingga 12.54 petang. Sasaran utama program ini adalah untuk memberi makluman terbaru dan pemugaran semula tentang Perkhidmatan  B&K kepada semua Pengetua/Guru Besar, PK HEM , Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa dan Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling Lantikan Dalaman di Sekolah Sekolah KPM seluruh negeri Selangor. 

Semoga program ini dapat membantu memantapkan lagi pengetahuan dan pemahaman tentang perkhidmatan B&K di sekolah kepada guru-guru B&K negeri Selangor dan semua yang terlibat. Tahniah dan Syabas!!! diucapkan kepada barisan KPP HEM JPN Selangor dan AJK MGKK Selangor yang telah berjaya merealisasikan program ini.
















#kiaskukenalidiriku2021

Monday 25 January 2021

Pengurusan Diri Semasa PKP 2.0

Assalamualaikum... salam sejahtera... salam manis dan salam ceria khas buat semua warga SK Taman Putra Perdana. Semoga semuanya dalam keadaan yang baik di samping keluarga di rumah.

Bertemu kembali bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling. Maklumat yang disampaikan pada hari ini iaitu :

Bidang - Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid

Tajuk -  Pengurusan Diri Semasa PKP 2.0

Terima kasih kepada murid-murid kelas 5 Ibnu Sina atas penyertaan dalam penerangan ringkas  'Pengurusan Diri Semasa PKP 2.0' bertempat di atas talian Google Meet. Aktiviti bermula pada pukul  8.30 pagi hingga 9.50 pagi. Diharap ilmu yang diperolehi dapat dpraktikkan dalam kehidupan seharian.

Kepada murid-murid kelas lain, boleh lihat poster dan video rakaman ini:


Murid-murid kelas 5 Ibnu Sina


Video pengurusan diri, sila klik link di bawah:

https://youtu.be/2GL_3ZrWrCE

Terima kasih..

Friday 22 January 2021

Program Transformasi Diri & Pemugaran Emosi Murid 2021

 Tarikh    : 22 Januari 2021 (Jumaat)

Aktiviti    : Tips Pengurusan Masa dan Tips Belajar di Rumah

Hari ini merupakan hari ketiga dan hari terakhir perkongsian ilmu dari Unit B&K SKTPP untuk Program Transformasi Diri & Pemugaran Emosi Murid untuk semua murid Tahap 2 . Hari ni, cikgu nak kongsikan pula tips pengurusan masa dan tips belajar di rumah. Jom sama-sama kita saksikan video ini!!!

Semoga perkongsian ilmu ini mampu menyegarkan semula emosi dan memotivasi serta memberi panduan kepada murid-murid untuk menjalani sesi PdPR di rumah. Kami di Unit B&K SKTPP sentiasa membuka ruang kepada semua murid dan ibu bapa SKTPP untuk berkongsi idea dan permasalahan dalam usaha membantu menguruskan emosi anak-anak dan meningkatkan motivasi mereka untuk menjadi insan yang berjaya dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

"Emosi Terjaga Kehidupan Sejahtera"

#staysafe

#stayathome

Thursday 21 January 2021

Program Transformasi Diri & Pemugaran Emosi Murid 2021

Tarikh : 21 Januari 2021 (Khamis)

Aktiviti : Tips Pengurusan Emosi & Sayangi Diri

Alhamdulillah.. selesai hari kedua untuk aktiviti pemugaran emosi pada hari ini. Diharapkan perkongsian mengenai tips pengurusan emosi dapat membantu murid-murid Tahap 2 untuk lebih faham cara bagaimana untuk mengawal emosi dalam cabaran pandemik hari ini.

Bersama itu juga dikongsikan langkah-langkah menyayangi diri agar emosi murid lebih sejahtera dengan cara menjalankan aktiviti-aktiviti yang sihat.

Tips Pengurusan Emosi


7 cara sayangi dan hargai diri

" Minda Sihat, Emosi Terjaga"

Wednesday 20 January 2021

Penggunaan Sistem ePerkhidmatan Kaunseling Murid Mulai Sesi Persekolahan 2021

 Assalamualaikum... salam sejahtera..

Bermula hari ini, semua Guru Bimbingan dan Kaunseling di Negeri Selangor wajib menggunakan Sistem ePerkhidmatan Kaunseling Murid (SePKM). Sistem ini bagi menggantikan Buku Rekod Perkhidmatan Kaunseling. Tujuannya untuk memudahkan guru kaunseling membuat pengumpulan data yang lebih sistematik dan tepat. 







Selamat Kembali Belajar (Dalam Norma Baharu) 2021

Tidak terlewat lagi untuk cikgu ucapkan Selamat Tahun Baru 2021 kepada semua warga SKTPP......... Semoga tahun ini ada sinar baru yang lebih menggembirakan semua.

Selamat Kembali Belajar dalam norma baharu kepada semua murid SKTPP...... Cikgu doakan semoga semua murid dalam keadaan sihat dan ceria bersama keluarga tersayang.

Walaupun dunia kini berada di dalam pandemik yang entah bila akan berakhir, namun sebagai seorang murid kamu perlu belajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan atau situasi pada hari ini.

Nasihat cikgu, sentiasa jaga kebersihan diri dan SOP sepanjang PKP serta teruskan berdoa. Kekal positif dan semoga kita berjumpa lagi di sekolah dalam keadaan selamat tanpa Covid-19. 



"Kegagalan yang utama ialah gagal untuk mengambil tindakan pertama"

..Tanamkan semangat dan azam untuk terus berjaya bermula hari ini..

Tuesday 19 January 2021

Mesyuarat Guru Bil 1/2021

Alhamdulillah..pada hari ini semua guru termasuk guru bimbingan dan kaunseling telah mengikuti Mesyuarat Guru Bil 1/2021 secara online melalui platform 'Microsoft Teams'. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Guru Besar, taklimat PK1, taklimat GPM, taklimat PK HEM, taklimat PK Kokurikulum, taklimat PK Petang, taklimat penyelaras transisi, taklimat PK PPKI dan penyampaian maklumat dari guru ICT dan guru kaunseling. 


Pengerusi: Pn Siti Rabiaah

Ucapan Guru Besar, Pn Hjh Rohaidah


PK HEM, Datin Noraizah menyampaikan taklimat