Posts

Showing posts from 2022

Majlis Apresiasi Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2022/23

Image
Alhamdulillah... Syukur kepada Allah SWT kerana selesai sudah pelaksanaan Majlis Apresiasi untuk PRS tahun ini. Dijalankan secara sederhana namun diharapkan dapat menyuntik semangat dan keazaman ahli PRS juga murid-murid yang lain dalam membentuk kecemerlangan pada masa akan datang. Seramai 73 orang PRS telah diraikan pada hari ini. Ditonton oleh semua warga SKTPP. Tahniah buat 3 orang PRS yang berjaya mendapatkan PRS Tahap Bongsu pada tahun ini. Kerja keras dan komitmen kalian amat cikgu hargai. Jumlah tidak penting, tetapi kualiti seseorang yang dinobatkan itu adalah lebih penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai PRS. Berikut momen yang dirakam sepanjang majlis dijalankan. Dijalankan pada ke dua-dua sesi iaitu pagi dan petang. Untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan majlis sila klik  Buku Program.                                          ...

Pentaksiran Psikometrik (PPsi)Tahun 5, 2022

Image
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) secara online telah dilaksanakan dengan jayanya kepada semua murid Tahun 5. Buat pertama kalinya pada tahun ini, Pentaksiran Psikometrik dilaksanakan secara online dan buat pertama kali juga ia dilaksanakan kepada murid-murid Tahun 5. PPsi ini telah diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada 2 Jun 2022 dalam sidang akhbar khas. Sumber:  https://www.kosmo.com.my/2022/06/02/ppsi-dilaksanakan-bagi-murid-tahun-45-dan-tingkatan-dua/ Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Psikometrik Tahun 5 di SK Taman Putra Perdana: Slaid Taklimat Pengurusan Sistem Psikometrik Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah 2022:  https://anyflip.com/bungw/riig/ Panduan Untuk Guru B&K, sila klik gambar berikut: Panduan Pengisian Untuk Murid, sila klik gambar berikut: Lensa Kamera sepanjang Pentaksiran Psikometrik di SK Taman Putra Perdana berlangsung: Pentaksiran Psikometrik, 5 Asus Pentaksiran Psikometrik, 5 iPhone Pentaksiran Psikometrik, 5 Lenovo Pentaksi...

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)

Image
  Program MEKAR iaitu Program Melangkah Ke Alam Remaja merupakan program yang dijalankan setiap tahun kepada murid-murid Tahun 6. Program MEKAR telah dilaksanakan dengan jayanya pada ketetapan berikut: Tarikh: 3 November 2022 Hari: Khamis Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Tempat: Dewan Perdana, Terminal Muafakat, Raudatul Ilmi dan Terminal Terabait SK Taman Putra Perdana Sasaran : Semua murid Tahun 6 dan Calon Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu Anjuran: 1. Unit Bimbingan dan Kaunseling 2. Panitia Pendidikan Agama Islam 3. Panitia Pendidikan Moral 4. JK Tahun 6 Objektif:  Berpaksikan "Sekolahku SEJAHTERA" yang memberi penekanan kepada elemen selamat, sihat dan jati diri adalah seperti berikut:  1. Membolehkan murid-murid memperoleh pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi persediaan mereka berhadapan dengan situasi perubahan sebelum dan selepas aqil baligh.  2. Membantu murid memahami perasaan dan kepercayaan diri supaya boleh menghadapi perubahan dari segi fizi...

Kem Santapan Minda Sentuhan Rohani 2022

Image
Kem Santapan Minda Sentuhan Rohani telah dilaksanakan dengan jayanya pada 14 Oktober dan 15 Oktober 2022 di SK Taman Putra Perdana. Syukur Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada murid-murid Tahun 6, Tahun 5 dan PPKI.  Namun semua murid PPKI yang telah menghantar borang persetujuan iaitu seramai 15 orang tidak dapat menyertainya atas faktor kesihatan.  Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir SK Taman Putra Perdana (SKTPP), warga guru, staf sokongan, pekerja SKTPP,  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Syarikat Geng Take Action (GTA! Malaysia), semua ibu bapa dan semua peserta.  Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor yang turut memberi sumbangan dalam menjayakan program ini. Semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi dari Kem Santapan Minda Sentuhan Rohani dalam kehidupan seharian.  Maklumat Kem Santapan Minda Sentuhan Rohani telah dihebahkan kepada ...

Maklumat Dan Persediaan Kepada Semua Peserta Yang Telah Mendaftar Ke Kem Santapan Minda Sentuhan Rohani

Image
Atur Cara: Tarikh: 14 Oktober dan 15 Oktober 2022 Hari: Jumaat dan Sabtu Masa: 10.10 pagi (14 Oktober) hingga 2.00 petang (15 Oktober) - PESERTA TAHUN 6 Masa: 2.30 petang (14 Oktober) hingga 2.00 petang (15 Oktober)- PESERTA TAHUN 5 Tempat: Dewan Perdana dan Bilik Darjah SKTPP HARI PERTAMA: 14 Oktober 2022 (Jumaat)   MASA AGENDA 10.10 pagi – 11.40 pagi Ø   Slot terbuka (Motivasi untuk semua murid Tahun 6)   11.50 pagi – 2.30 petang Ø   Pelajar balik ke rumah dan bersiap Ø   Urusan Solat Jumaat 2.30 petang – 3.00 petang Ø   Pendaftaran peserta Ø   Peserta berkumpul di Dewan Perdana 3.00 petang – 4.30 petang Ø   SLOT 1 - Ice Breaking & Bahagi Kumpulan - Antara Adab & Ilmu - Aktiviti 1   4.30 petang – 5.15 petang Ø   Solat Asar Ø   Minum petang 5.15 petan...