Wednesday 7 December 2022

Majlis Apresiasi Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2022/23

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah SWT kerana selesai sudah pelaksanaan Majlis Apresiasi untuk PRS tahun ini. Dijalankan secara sederhana namun diharapkan dapat menyuntik semangat dan keazaman ahli PRS juga murid-murid yang lain dalam membentuk kecemerlangan pada masa akan datang.

Seramai 73 orang PRS telah diraikan pada hari ini. Ditonton oleh semua warga SKTPP. Tahniah buat 3 orang PRS yang berjaya mendapatkan PRS Tahap Bongsu pada tahun ini. Kerja keras dan komitmen kalian amat cikgu hargai. Jumlah tidak penting, tetapi kualiti seseorang yang dinobatkan itu adalah lebih penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai PRS.

Berikut momen yang dirakam sepanjang majlis dijalankan. Dijalankan pada ke dua-dua sesi iaitu pagi dan petang. Untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan majlis sila klik  Buku Program.

                                                                Sesi Pagi

Sokongan padu daripada pentadbir

Majlis dipengerusikan oleh Cik Roslinda bt Mansor

Bacaan doa oleh Ustaz Zurilazman bin Abdullah

Ucapan oleh Asyira Farisya bt Mohd Asmal (Ketua PRS)

Ucapan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar)

Tayangan multimedia aktiviti PRS sepanjang tahun
                                                          Sesi Petang

Majlis sesi petang dipengerusikan oleh Pn Nor Rafini bt Othman

Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hadri bin Ag Idris

Ucapan oleh Mohd Furqan Zaim bin Hafiz Zaim (Ketua PRS)

Tidak lengkap tanpa ucapan Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali sebagai Guru Besar SKTPP

Penyampaian sijil & badge kepada 3 orang PRS yang berjaya mencapai Tahap Bongsu bagi sesi 2022/23. Semoga mereka lebih cemerlang dan mampu membantu rakan yang lain dengan kemahiran yang ada. Tahniah sekali lagi cikgu ucapkan kepada :

1. Nurul Nabilah Adriana bt Ahmad Mahdir (6 Ibnu Thufail)

2. Sarah Reyhana bt Mohd Ridzuan (5 Sony)

3. Qhaira Zahra Iman bt Rosnan (4Sony)

Tahniah Nurul Nabilah Adriana!

Tahniah Sarah Reyhana!

Tahniah Qhaira Zahra Iman!


Momen yang manis sudah tentu diingati menjadikan Program Madah Intelek PRS kini sebagai acara wajib setiap tahun. Selain dapat membantu meningkatkan aras keyakinan PRS, program ini memberi impak kepada keutuhan silaturahim apabila PRS dilihat saling bantu membantu antara satu sama lain sepanjang tempoh pelaksanaan program ini daripada peringkat sekolah sehinggalah daerah. Buat adik Nur Syaza Iwani bt Sa'ari (5 Samsung) tahniah diucapkan kerana berjaya mewakili sekolah ke peringkat daerah. Cikgu suka bila melihat paduan suara dan intonasi beliau semasa menyampaikan hujah. Terima kasih juga kepada Cikgu Roslinda Mansor yang membimbing beliau dalam menyampaikan pidato. Mungkin kali ini bukan rezeki. In sha Allah, kita cuba lagi tahun depan. 

Tahniah Nur Syaza Iwani!

Lagi gambar dan video penyampaian sijil sepanjang Majlis Apresiasi dijalankanšŸ˜

PRS Tahap 2

PRS Tahap 1



Akhir kata, terima kasih kepada semua pentadbir yang sentiasa memberi sokongan kepada program Unit B&K serta rakan-rakan guru atas komitmen yang padu dalam menjayakan majlis ini. Jumpa lagi tahun depanšŸ˜