Wednesday, 14 November 2018

Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Murid Sesi Pagi & Petang (Bulan September, Oktober, November & Disember) 2018




Alhamdulillah, selesai tugas untuk tahun ini dalam melaksanakan aktiviti penghargaan murid iaitu Sambutan Hari Lahir Murid 2018. 

Terima kasih kepada semua JK Unit Guru Penyayang kerana telah menjalankan tugas yang diamanahkan ini dengan baik. Terima kasih juga kepada pihak sekolah dalam menyediakan hadiah untuk semua murid SKTPP.

Untuk murid-murid semua bacalah ucapan yang ditujukan khas untuk anak-anak didik SKTPP.

.....Tiada kad yang lebih berharga di hari ulang tahun selain doa kami untuk kalian.....

Semoga fikiran kalian semakin luas dan cerdas
Semoga hati kalian semakin bersih dan bijak
Semoga akhlak kalian semakin menawan dalam kebajikan
Semoga ilmu yang kalian terima dapat dimanfaatkan
Semoga diri dan hidup kalian kekal bahagia, sejahtera & sentiasa mendapat redha dariNya



Majlis pada sesi pagi telah disempurnakan oleh Puan Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) manakala sesi petang disempurnakan oleh Pn Jumilah bt Ahmad (Penolong Kanan Petang)

Seperti biasa, majlis sambutan hari lahir dimulakan dengan ucapan pengacara majlis dan penyampaian hadiah oleh Guru Besar & PK Petang. Seterusnya sesi bergambar dan nyanyian lagu "Selamat Hari Jadi" bersama-sama.

Gambar-gambar semasa majlis sesi pagi :






 Terima kasih puan Hajah Rohaidah di atas kesudian menyempurnakan penyampaian hadiah itu

Tahun 4

Tahun 6


Tahun 5


Pra Sekolah

PPKI


Gambar-gambar semasa majlis pada sesi petang :



Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pn Jumilah bt Ahmad dan dibantu 
oleh Pn Rozimah bt Yaakob. Terima kasih diucapkan.


Tahun 1


Tahun 2
Tahun 3

Jumpa lagi tahun hadapan...