Monday 3 July 2023

Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S (Senyum, Salam dan Sapa) Bulan Jun 2023

Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Anugerah Murid Contoh 3S Bulan Jun telah dilaksanakan pada 3 Julai 2023 (Isnin). Majlis seperti ini merupakan kali ke-2 dilaksanakan. Kali pertama iaitu penyampaian anugerah Bulan Mei dilaksanakan pada 12 Jun 2023. Laporannya boleh klik di sini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, barisan jawatankuasa pelaksana dan semua warga SK Taman Putra Perdana atas kerjasama mengamalkan Amalan Terbaik 3S ini. Semoga amalan murni ini berterusan sampai bila-bila. 

Keputusan Angerah Murid Contoh 3S Bulan Jun 2023:


Lensa kamera sepanjang majlis berlangsung:






Saturday 1 July 2023

Aktiviti Guru Penyayang : Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Mei & Jun 2023

Kehadiran guru di pagar bersama-sama PRS yang bertugas ternyata memberi semangat kepada murid-murid untuk terus melangkah menggapai cita-cita mereka. Sapaan yang mesra mampu memupuk perasaan suka hadir ke sekolah, dihargai dan diterima dalam kalangan murid-murid. Aktiviti ini dijadikan amalan dalam menonjolkan aura positif kepada murid bermula di pagar lagi.

Semoga resah yang menyelimuti diri hilang dan kembali tenang apabila melihat guru-guru menyambut kehadiran di pagar dengan senyuman ikhlas yang jelas terpancar dari wajah. Guru-guru SKTPP sentiasa mendoakan kejayaan buat kalian. Ingatlah, ilmu perlu dikejar dan ia tidak akan datang tanpa usaha. Bersemangatlah dalam menuntut ilmu.




😍Paparan gambar aktiviti sesi pagi😍





😍Paparan gambar aktiviti sesi petang😍