PROGRAM MINDA SIHAT 2026: INTERVENSI UMUM SARINGAN MINDA SIHAT

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan Intervensi Umum Minda Sihat berdasarkan dapatan Saringan Minda Sihat 1 yang telah dijalankan kepada murid. Saringan ini bertujuan mengenal pasti tahap kesejahteraan emosi, pemikiran dan tingkah laku murid agar bantuan serta sokongan yang bersesuaian dapat diberikan.

Intervensi umum dilaksanakan sebagai langkah awal untuk meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental, pengurusan emosi yang positif, kemahiran daya tindak (coping skills) serta pembentukan minda yang lebih sihat dan sejahtera. Melalui aktiviti yang dijalankan, murid didedahkan kepada teknik mengurus tekanan, membina keyakinan diri, mengamalkan pemikiran positif dan mendapatkan bantuan apabila diperlukan.

Tujuan utama intervensi ini adalah untuk:

1.Meningkatkan tahap kesejahteraan mental dan emosi murid.

2.Membantu murid mengenal pasti serta mengurus emosi dengan lebih berkesan.

3.Mengukuhkan daya tahan diri dalam menghadapi cabaran harian.

4.Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, positif dan menyokong kesejahteraan murid.

5.Menyediakan sokongan awal kepada murid sebelum tindakan susulan yang lebih khusus dilaksanakan jika diperlukan.

Berikut gambar-gambar sepanjang tempoh intervensi dijalankan:


















Diharapkan intervensi yang dijalankan dapat membantu melahirkan murid yang lebih sejahtera, berdaya tahan dan mampu mengurus kehidupan harian dengan lebih positif selaras dengan aspirasi melahirkan generasi yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kesejahteraan diri.

Comments

Popular posts from this blog

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi) TAHUN 2025

Aktiviti Guru Penyayang : Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari Hinggan Jun 2025

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)