Posts

Showing posts from March, 2026

Program Minda Sihat 2026 : Aktiviti Pembugaran Emosi Murid

Image
  Dalam dunia serba pantas dan penuh cabaran ini, kesihatan mental semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat. Tekanan daripada pelajaran, kerjaya, hubungan sosial dan perubahan gaya hidup boleh memberi kesan besar terhadap kesejahteraan emosi seseorang.  Oleh itu, pembugaran minda sihat menjadi satu keperluan penting bagi memastikan individu mampu mengurus stres, berfikir secara positif dan menjalani kehidupan yang lebih seimbang. Dalam membantu murid-murid SKTPP, Unit Bimbingan & Kaunseling mengambil inisiatif dalam proses mensejahterakan emosi murid dengan menjalankan modul dalam bidang Psikososial & Kesejahteraan Mental Murid (PKM).                                                                   TEKNIK RELAKSASI

Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Muda Tahun 2026 (Sesi Petang)

Image
  Pada 26 Februari 2026 telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Muda Tahun 2026 bertempat di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana. Majlis ini dianjurkan sebagai pengiktirafan terhadap peranan dan tanggungjawab besar yang di galas oleh pemimpin muda dalam kalangan rakan sebaya.     Seramai 422 pemimpin muda yang terlibat terdiri daripada 175 orang Pengawas, 64 orang Pengawas Pusat Sumber (PSS), 45 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) serta 138 orang Ketua Kelas (KK) dan Penolong Ketua Kelas (PKK). Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru Besar, Encik Mohd Izzudin bin Yoop. Penyampaian Sijil Watikah Pemimpin Muda telah disampaikan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Petang kepada semua peserta terlibat. Seterusnya, majlis ini juga diselangi dengan bacaan ikrar setiap unit yang diketuai oleh ketua unit masing-masing.     Matlamat utama majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan rasmi kepada murid yang dilantik sebagai Pemimpin Muda Sekolah agar lebih...