Kursus Asas Komunikasi & Kesedaran Kendiri 2023
Syukur, selesai sudah satu lagi komponen pemantapan dalam penilaian PRS Tahap Bongsu. Kursus ini telah dijalankan pada 19 September 2023 (Selasa). Pada tahun ini GBKSM sebagai guru penasihat PRS sendiri yang menyampaikan pembentangan mengenai kursus tersebut sebagai salah satu cara untuk lebih mendekati anak-anak PRS. Umum mengetahui, asas komunikasi & kesedaran kendiri ini sinonim dengan PRS kerana berlatar belakangkan komunikasi yang baik dan kesedaran kendiri yang positif, pastinya akan melahirkan PRS yang hebat dan mantap dalam menjalankan tugas. Sepanjang kursus ini dijalankan, tertarik dengan konsep kendiri yang positif oleh anak-anak PRS yang berlakon dan menyanyi secara sukarela di hadapan. Walaupun nampak simple tapi sangat memberi kesan kepada lahirnya konsep kendiri yang positif dalam diri PRS. Semoga kursus ini mampu membantu anak-anak PRS dalam membantu diri dan rakan lain sesuai dengan tagline PRS bantu diri agar berupaya membantu orang lain. Momen sepanjang prog...