Posts

Showing posts with the label Program Guru Penyayang

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Bagi Bulan Mac & April 2023

Image
Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid bagi sesi persekolahan Tahun 2023/2024 diteruskan seperti tahun-tahun sebelum ini. Aktiviti ini bermula dari hari pertama persekolahan di buka iaitu pada 20 Mac 2023. Aktiviti ini diteruskan bagi menjiwai amalan penyayang dan membudayakan sikap kasih sayang antara guru dan murid-murid.  Guru-guru bertugas akan bertugas mengikut giliran bagi menyambut kehadiran murid-murid di pagar A dan pagar B sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Penampilan guru yang kemas dan ceria serta bersikap mesra ketika menyambut kehadiran murid diharap mampu menyediakan emosi positif buat murid-murid sebelum sesi pembelajaran bermula. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan bagi aktiviti menyambut kehadiran murid pada bulan Mac dan April. Pentadbir dan guru bertugas menyambut kahadiran murid dihari pertama persekolahan Menyambut kehadiran murid sesi pagi di Pagar B Kehadiran murid sesi petang pada minggu pertama persekolahan di pagar A sekolah  S...

Program Ziarah Cakna (siri 4) 2020

Image
  Program Ziarah Cakna kali ini lebih bermakna bukan sahaja pada hari Jumaat yang mulia tetapi juga merupakan kali pertama diadakan selepas PKP. Kunjungan kali ini ke rumah murid Tahun 4 di Dahlia Apartment. Semoga dengan kehadiran guru-guru & AJK PIBG keluarga ini dapat berkongsi masalah dan meringankan beban yang dihadapi mereka. Hadir bersama : Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) Tn Hj Khairul Azhar bin Muhammad Suffian (YDP PIBG) Datin Noraizah bt Dun (PK HEM) Pn Juli bt Mahbah (GBKSM) Pn Faridatul Akmal (Guru Kelas) Pn Normawati bt Saad  (Naib YDP PIBG) Sekitar ziarah dilaksanakan Menziarahi keluarga murid di Apartmen Dahlia Puan Hjh Rohaidah mendalami emosi murid ini Bersama adik beradik yang lain Sedikit sumbangan kepada keluarga ini. Semoga sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban mereka

Program Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Januari dan Februari, 2020

Image
Dua bulan telah berlalu semenjak sesi persekolahan 2020 bermula. Walaupun sesi persekolahan baru sahaja berlangsung, Program Guru Penyayang telah pun bersedia dengan aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah pada setiap hari. Aktiviti ini dijalankan pada kedua-dua sesi seperti berikut: Sesi pagi: 7.00 hingga 7.20 pagi Sesi petang: 1.00 hingga 1.20 tengah hari       Aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ini telah dan akan dilaksanakan secara berterusan sepanjang sesi persekolahan 2020 dan telah menjadi satu budaya di sekolah ini. Aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid. Seterusnya memupuk perasaan suka hadir ke sekolah.        Ucapan-ucapan positif dan senyuman manis yang diukirkan oleh guru untuk murid bermula dari pagar A dan B dapat menjadikan murid lebih bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan. Semoga aktiviti ini dapat memberikan impak positif kepada murid-murid SK Tam...

Program Guru Penyayang - Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari 2020

Image
Majlis Sambutan Hari Lahir Murid telah dirancang oleh Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM). Murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari telah diraikan bermula 25 Februari 2020 serta dilaksanakan mengikut kelas masing-masing. Walaupun majlis ini diraikan secara sederhana, tetapi kesannya amat bermakna kepada murid terutama kepada mereka yang diraikan. Perasaan disayangi dan dihargai serta rasa kesyukuran dapat dipupuk melalui majlis ini. Tidak dapat dinafikan ada dalam kalangan murid-murid ini tidak pernah diraikan hari lahir mereka. Oleh itu, pengalaman ini amat bermakna buat semua murid. Kami warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan 'Selamat Hari Lahir'. Semoga di hari bahagia ini, Allah SWT sentiasa memberikan taufiq, rahmah, barakah juga lindungan kesihatan, hidayah dan redhaNya untuk semua murid yang diraikan. Didoakan kalian sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.. Lagi laporan berkaitan Sambutan Hari Lahir Murid Bulan ...

Pelancaran Program Guru Penyayang Tahun 2020

Image
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, pada hari ini tanggal 9 Januari 2020 bersamaan hari Khamis, pihak SK Taman Putra Perdana di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya melaksanakan Pelancaran Program Guru Penyayang Tahun 2020. Program Guru Penyayang adalah satu amalan murni yang sentiasa menjadi amalan di Sekolah kebangsaan Taman Putra Perdana. Tujuan utama program ini adalah bagi mewujudkan nilai penyayang dan sifat kepedulian guru terhadap murid-muridnya. Amalan penyayang perlu diterapkan oleh semua guru agar kemenjadian murid tercapai. Alhamdulillah, segala perancangan bagi Program Guru Penyayang bagi Tahun 2020 berjaya dilancarkan dan disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Objektif Program: Membentuk karekter serta sahsiah diri murid yang terpuji dan disenangi warga sekolah Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa. Menimbulkan rasa dihargai d...

Program Mentor Mentee Kali Pertama Tahun 2019

Image
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Program Mentor Mentee kali pertama Tahun 2019 telah dilaksanakan pada hari ini kepada semua murid Tahap Dua dengan jayanya. Tahun 4: Bidang : Peningkatan Disiplin Diri Murid Tajuk : Pengurusan Masa Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:                1. Mengurus masa dengan berkesan                2. Melakukan aktiviti berfaedah Falsafah : Masa itu emas Tahun 5: Bidang : Pembangunan Sahsiah Diri Murid Tajuk : Kemas Diri Objektif : Pada akhir aktiviti mentee dapat:                1. Menyenaraikan kebaikan mengamalkan kekemasan dan kebersihan diri                2. Mengurus diri dengan kemas dan bersih Falsafah : Pengurusan diri yang teratur dapat memberi keselesaan dan meningkatkan nilai harga diri. Tahun 6: Bidang : Psikososial dan Keseja...

Program Guru Penyayang - Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari 2018

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Hari ini Unit Guru Penyayang telah melaksanakan Sambutan Hari Lahir kepada murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari.  Sambutan meraikan hari lahir murid-murid merupakan suatu program yang terkandung dalam Amalan Guru Penyayang. Program ini adalah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memupuk budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah. Semoga melalui program sebegini dapat mengeratkan hubungan sesama murid dan guru serta pihak pengurusan sekolah Objektif: Mengeratkan hubungan murid dengan para guru. Murid merasakan diri mereka lebih dihargai. Murid merasakan diri mereka sebahagian daripada aset sekolah sekaligus mereka akan lebih menyayangi sekolah. Lagi laporan berkaitan Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari dalam blog SK Taman Purdana di sini . Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang majlis ini dilaksanakan: Sambutan Hari Lahir Murid Sesi Pagi Sambutan Hari L...