Ceramah Motivasi Kepimpinan dan Taklimat Bidang Tugas Pengawas
Hari ini telah berlangsung satu program yang melibatkan semua pemimpin kecil di SKTPP iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (Ujana Ilmu) dan Ketua serta Penolong Ketua Kelas. Program ini merupakan program kerjasama antara Unit Bimbingan & Kaunseling, Unit Pengawas Sekolah, Unit Pusat Sumber Sekolah dan Unit Pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Kelas SKTPP. Sesi ceramah secara online menggunakan aplikasi Zoom telah disampaikan oleh konsultan yang dilantik iaitu PU Izzat dari Idaratul Ilmi Training & Consultancy. Antara objektif utama program ini diadakan adalah untuk: i. Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab. ii. Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah. iii. Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekola...