Posts

Showing posts from June, 2026

PROGRAM MINDA SIHAT 2026: INTERVENSI UMUM SARINGAN MINDA SIHAT

Image
Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan Intervensi Umum Minda Sihat berdasarkan dapatan Saringan Minda Sihat 1 yang telah dijalankan kepada murid. Saringan ini bertujuan mengenal pasti tahap kesejahteraan emosi, pemikiran dan tingkah laku murid agar bantuan serta sokongan yang bersesuaian dapat diberikan. Intervensi umum dilaksanakan sebagai langkah awal untuk meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental, pengurusan emosi yang positif, kemahiran daya tindak (coping skills) serta pembentukan minda yang lebih sihat dan sejahtera. Melalui aktiviti yang dijalankan, murid didedahkan kepada teknik mengurus tekanan, membina keyakinan diri, mengamalkan pemikiran positif dan mendapatkan bantuan apabila diperlukan. Tujuan utama intervensi ini adalah untuk: 1.Meningkatkan tahap kesejahteraan mental dan emosi murid. 2.Membantu murid mengenal pasti serta mengurus emosi dengan lebih berkesan. 3.Mengukuhkan daya tahan diri dalam menghadapi cabaran harian. 4.Mew...