Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 2023
SK Taman Putra Perdana telah berjaya melaksanakan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini berdasarkan surat pekeliling, No.Ruj: KPM.600-17/1/45 Jld 2 (5) yang bertarikh 18 September 2023. Pentaksiran Psikometrik (PPsi) merupakan salah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan di semua sekolah. Pemerkasaan PBS telah bermula pada sesi akademik 2022/2023. Konsep PPsi telah diperkenalkan pada tahun 2007. Fungsi PPsi adalah mengumpul data khususnya tentang maklumat profil murid. Di SK Taman Putra Perdana, taklimat ringkas mengenai Pentaksiran Psikometrik (PPsi) kepada semua murid dan guru telah dilaksanakan. Pentadbiran ujian PPsi kepada murid-murid juga dapat dijalankan seperti jadual berikut: TAHUN TARIKH TAKLIMAT PPsi TARIKH UJIAN PPsi 4 25 September 2023 26 September 2023 5 4 Oktober 2023 5 Oktober 2023 6 5 Disember 2023 8 Disember 2023 Sasaran Pentaksiran Psikometrik (PPsi): 1) Semua ...