Posts

Showing posts with the label Guru Penyayang 2021

Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Kelas PdPR terbaik Tahun 2021

Image
Hari ini telah berlangsung satu majlis ringkas Penyampaian Hadiah dan Sijil bagi Kelas PdPR Terbaik Tahun 2021, di Bilik Bimbingan & Kaunseling. Program ini merupakan salah satu program yang dilaksanakan di bawah Unit Hal Ehwal Murid (Unit Guru Penyayang) bagi menggalakkan penglibatan murid-murid mengikuti kelas PdPR.  Hadiah berupa wang tunai dan sijil telah disampaikan oleh Pn Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP kepada guru-guru kelas yang terlibat mengikut Tahun Satu hingga Enam, Prasekolah dan juga PPKI. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru dan kelas yang terlibat. Ucapan terima kasih juga kepada pihak PIBG yang sudi memberikan sumbangan hadiah. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa majlis berlangsung. Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Kelas PdPR Terbaik di sesi pagi Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Kelas PdPR Terbaik sesi petang

Penyerahan Sumbangan Tabung Cakna SKTPP

Image
Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan besar Muhammad SAW. Segala usaha menubuhkan Tabung Cakna SKTPP ini telah pun dipermudahkan oleh Allah SWT. Terima kasih kepada pihak pentadbir yang sentiasa menyokong Unit Guru Penyayang dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang awal maupun ad-hoc . Menyedari keperluan murid-murid semasa PKP ini, satu inisiatif difikirkan perlu bagi membantu keluarga murid SKTPP yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Bermula 17 Ogos 2021, Unit Guru Penyayang telah membuat kutipan sumbangan daripada guru-guru, staf sekolah & PIBG bagi meringankan beban keluarga murid semasa pandemik ini. Dan hari ini, sumbangan itu telah diserahkan kepada 40 keluarga yang terlibat. Walaupun sedikit, namun kami mengharapkan cakna ini mampu memberi kesan yang baik kepada emosi bahawa masih ada yang ambil peduli hal kebajikan murid-murid. Buat anak-anak SKTPP yang disayangi, ingatlah bahawa ujian adalah pahi...

Aktiviti Guru Penyayang : Ucapan Hari Lahir Murid Bulan September 2021

Image
Selamat hari lahir untuk semua murid SKTPP yang lahir pada bulan September. Ucapan Cikgu Juli ini mewakili semua guru didedikasikan khas untuk kamu!! Didoakan juga anak-anak sekalian sentiasa sihat & ceria selalu😍

Anugerah Kelas Terbaik PdPR Bagi Bulan Jun dan Julai 2021

Image
Bagi menghargai jasa guru-guru dan murid SKTPP menjalankan sesi PdPR , Unit Guru Penyayang SKTPP bersama pentadbir telah menampilkan satu program yang dinamakan Anugerah Kelas Terbaik PdPR. Program yang dimulakan selepas cuti pertengahan tahun ini di rekodkan setiap hari berdasarkan kehadiran murid dan dinilai selama 2 bulan berturut-turut. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk ; Meningkatkan penglibatan murid-murid dalam kelas PdPR. Memotivasikan murid-murid dalam meningkatkan pencapaian akademik. Mewujudkan persaingan yang sihat antara kelas-kelas yang terlibat Kriteria pemilihan untuk Anugerah Kelas Terbaik PdPR ini adalah seperti berikut; Peniaian yang dibuat menggunakan laporan kehadiran murid  Penilaian dibuat dalam tempoh 2 bulan sekali. Sijil penghargaan akan diberikan kepada kelas yang mendapat purata peratus paling tinggi sepanjang penilaian dibuat. Hadiah akan diberikan kepada kelas yang mendapat purata peratus paling tinggi sepanjang penilaian dibuat Tahniah ...

Aktiviti Guru Penyayang : Ucapan hari Lahir Murid Bulan Ogos 2021

Image
Bulan ini murid-murid SKTPP bertuah kerana menerima ucapan khas daripada Puan Hajah Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar, SKTPP). Walaupun tidak bersua muka, namun ingatan terhadap murid-murid masih kekal di hati. Ucapan ini pengganti diri mewakili warga SKTPP buat murid-murid tersayang💓.  #staysafe

Aktiviti Guru Penyayang : Ucapan Hari Lahir Bulan Julai 2021

Image
Unit Guru Penyayang ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada semua murid SKTPP yang lahir pada bulan JULAI. Video ini dedikasikan daripada Ustaz Ahmad Zubair khas untuk kalian. #staysafe

Aktiviti Guru Penyayang : Ucapan Hari Lahir Murid Bulan Jun 2021

Image

Aktiviti Guru Penyayang : Ucapan hari Lahir Murid Bulan Mei 2021

Image
Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua murid-murid SKTPP. Di sini cikgu kongsikan video ucapan yang didedikasikan khas untuk semua murid SKTPP yang lahir pada bulan Mei. Marilah kita sama-sama berdoa agar Covid-19 hilang di muka bumi ini dan kita kembali gembira menjalankan aktiviti sambutan hari lahir seperti tahun-tahun sebelum ini. Terimalah ucapan daripada Puan Siti Raabiah, wakil daripada Unit Guru Penyayang SKTPP. 💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓 💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Minggu Ke-2 Sesi Persekolahan Secara Bersemuka Tahun 2021 (8 - 12 Mac)

Image
Minggu ini merupakan minggu ke-2 sesi  persekolahan 2021 secara bersemuka bagi murid-murid Pra, PPKI, Tahun 1 dan Tahun 2. Namun bagi  murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan secara bersemuka. Aktiviti menyambut kehadiran murid dipintu masuk Pagar A dan B masih diteruskan seperti minggu lepas oleh AJK Unit Guru Penyayang yang bertugas. Hasil inisiatif AJK Unit Guru Penyayang Sesi Pagi, pada hari pertama persekolahan minggu ini, semua murid sesi pagi mendapat pembaris sebagai hadiah kehadiran mereka ke sekolah hari ini. Pada hari-hari berikutnya, Unit Guru Penyayang juga telah menyediakan sebanyak 30 hadiah setiap hari untuk murid-murid yang datang awal. Semoga inisiatif ini akan memberi semangat kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah. Berikut merupakan gambar aktiviti menyambut kehadiran murid yang sempat dirakamkan sepanjang minggu ini  Murid-murid menerima pembaris sebagai hadiah kehadiran mereka ke sekolah   Murid-murid ...

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Hari Pertama Persekolahan Secara Bersemuka Bagi Tahun 2021

Image
Hari ini merupakan hari pertama persekolahan secara bersemuka bagi semua murid Prasekolah, PPKI, Tahun 1 dan Tahun 2 di seluruh negara. Sejak seminggu lalu semua guru di SKTPP telah hadir ke sekolah bagi membuat persediaan awal untuk menyambut kehadiran murid pada hari ini. Persediaan kelas, SOP keselamatan dan pergerakan murid semasa berada di sekolah merupakan perkara-perkara yang dititik beratkan. Unit Guru Penyayang SKTPP juga turut mengambil bahagian untuk menyambut kehadiran murid pada hari ini, Dua bunting "Selamat Kembali Ke Sekolah" dan dua sepanduk telah ditempah khas untuk aktiviti menyambut kehadiran murid-murid. Bagi menggembirakan lagi kehadiran murid-murid ke sekolah pada hari ini, disediakan tiga maskot iaitu Mickey Mouse, Minnie Mouse dan Olaf. Ketiga-tiga maskot ini merupakan guru-guru  di SKTPP. Semua murid juga telah diagihkan dengan sekotak susu setiap seorang. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang aktiviti menyambut kehadiran m...