Wednesday 15 August 2018

Program Sinar Nurani Tahun 2018

Pembentukan sahsiah diri murid yang cemerlang merupakan aset terpenting dalam pencapaian akademik seseorang murid. Kegagalan murid menguruskan disiplin diri dengan baik secara tidak langsung akan menimbulkan pelbagai masalah dalam pergaulan terutamanya akademik.

Wahai buah hati cikgu, 
Semua impian akan menjadi kenyataan, bila kita memiliki keberanian untuk menjejakinya

Kata Wilson Kanadi,
Cara termudah untuk jadi pandai adalah belajar hal terbodoh yang pernah kita lakukan

Justeru, Program Sinar Nurani diharapkan dapat menyuntik semangat kalian untuk menjadi lebih cemerlang pada masa akan datang.

Program berjalan seperti yang dirancang.. 14 Ogos 2018

Belum apa-apa lagi murid dah tertarik dengan apa yang disampaikan oleh penceramah

Tu dia... Tuan Saadon bin Shamsuddin - penceramah jemputan kita pada hari ini.. luar biasa
Semoga terkesan wahai anak-anak 
Singgah juga sejadah gebu di SKTPP... Terima kasih tuan
Kami Benci DARVIH

Next project.. sumbangan ceramah kepada anak didik SKTPP. Terima kasih daun keladi, tuan.

No comments:

Post a Comment