Wednesday 5 December 2018

Jejak Adiwira Kidzania 2018

Program Adiwira Kidzania merupakan satu program khas Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dengan kerjasama Kidzania Kuala Lumpur. Tahun ini merupakan tahun ketiga program ini dilaksanakan dan merupakan tahun pertama Daerah Sepang menghantar wakil ke peringkat negeri.

Menyokong usaha JPNS dalam Projek Kerjaya Adiwira Kidzania, SK Taman Putra Perdana telah membawa seramai 80 orang murid (Tahun 3 - 6) menyertai Road Tour To Kidzania pada 3 Oktober 2018 yang lalu.

Rentetan daripada program Road Tour To Kidzania, sekolah telah menghantar 2 orang wakil murid ke Pertandingan Tokoh Adiwira dan Buku Skrap di peringkat negeri iaitu :

 Muhammad Adam Azfar bin Mazlan (Tokoh Adiwira)
 Nur Ainin Syafila bt Azmi (Pertandingan Buku Skrap)

Sekalung tahniah kepada Muhammad Adam Azfar kerana berjaya menjadi finalis untuk Tokoh Adiwira di peringkat negeri sekaligus telah dinobatkan sebagai Tokoh Adiwira Peringkat Daerah Sepang semasa Majlis Penganugerahan Tokoh Adiwira Selangor 2018 di Kidzania hari ini.

Manakala Nur Ainin Syafila berjaya merangkul hadiah saguhati dalam Pertandingan Buku Skrap Kerjaya. Syabas diucapkan. Terima kasih kepada Puan Hajjah Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) kerana turut sama memberi sokongan kepada peserta-peserta pada tahun ini. Jutaan tahniah juga diucapkan kepada PPD Sepang kerana berjaya merangkul anugerah kategori PPD Terbaik untuk Program Adiwira Selangor 2018.


Momen-momen yang dirakam..


20 November 2018
Pencalonan di peringkat daerah - Ditemuduga oleh Tuan Haji Shamsul Shahid (Pegawai Kaunseling & Kerjaya Murid) di PPD Sepang





27 November 2018
Pencalonan di Peringkat Negeri - Penemuduga adalah terdiri daripada Pegawai-Pegawai PPD dan  dua orang wakil daripada Kidzania, Kuala Lumpur






4 Disember 2018
Majlis Penganugerahan Tokoh Adiwira Selangor 2018 diadakan di Kidzania Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh En Khairul Anuar bin Haji Awang (Ketua Penolong Pengarah, Unit HEM  JPNS)

















Jumpa lagi tahun hadapan

No comments:

Post a Comment