Program Maju Diri (PMD) & Semarak Sahsiah

Wow....
Alhamdulillah selesai sudah satu program oleh Unit Bimbingan & Kaunseling.

Program Maju Diri (PMD) merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan pada semua murid Tahap 2 di semua sekolah di Negeri Selangor.

PMD dijalankan dengan tujuan mengembalikan semula keinginan untuk belajar setelah bercuti dalam tempoh masa yang lama. Di samping itu program ini juga bertujuan untuk :
  • Meningkatkan minat murid-murid untuk belajar
  • Membentuk matlamat hadir ke sekolah
  • Menimbulkan kejelekitan sesama rakan sekelas
  • Memupuk kesedaran tentang pentingnya pengurusan ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan diri
  • Memberi pengetahuan dalam merancang masa depan dengan baik dan berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah
  • Murid belajar menghargai insan yang signifikan dalam hidup mereka terutamanya guru
Manakala, program Semarak Sahsiah ini diselitkan dengan satu slot taklimat disiplin sebagai satu ingatan di awal persekolahan.

Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 3 & 4 Januari 2019 (Khamis & Jumaat). Berikut aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya program ini..

1) Senamrobik
2) Ice Breaking 
3) Ceramah PMD dan Semarak Sahsiah Tahun 4,5 & 6
4) Persembahan Silap Mata
5) LDK
6) Taklimat Disiplin

Berikut paparan gambar sepanjang 2 hari program dijalankan

Senamrobik yang sungguh energetik!!
Tahniah kepada koordinator Cikgu Hafiz, Cikgu Afiq dan Ustaz Zubair

Ice Breaking (Tahun 4)
Dijalankan oleh Cikgu Rozimah....banyak belon kan? Tajuk Ice Breaking kali ini ialah belonku Belonmu

Ice Breaking (Tahun 5)
Dijalankan oleh Cikgu Arzah. Murid-murid sangat suka dengan belon..riang ria hari ini dapat meletopkan belon

Ice Breaking (Tahun 6)
Dijalankan oleh Cikgu Juli..Gigih betul meniup belon

Peserta Tahun 4
Ceramah PMD & Semarak Sahsiah disampaikan oleh Encik Mohd Samri bin Othman.
Peserta Tahun 5
En Samri menggunakan kaedah berbeza bagi setiap tahun untuk ceramahnya

Peserta Tahun 6
En Samri juga dikenali sebagai brother Sham dalam kalangan murid-murid

LDK "Uniknya Diriku" dijalankan oleh guru matapelajaran
LDK "My Go Goal" & "Tak Kenal Maka Tak Cinta" dijalankan di dalam kelas
Persembahan silap mata menghiburkan dan menarik perhatian murid-murid. Terima kasih kepada Ustaz Hadri sudi menerima jemputan kali ini

Taklimat disiplin disampaikan oleh Tuan Haji Tarmiji b Sabali (Guru Disiplin)

Sebahagian daripada aktiviti senamrobik

Comments

Popular posts from this blog

Taklimat Penyelarasan Intervensi Salah Laku Buli Dan Seksual Kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)

Program Intervensi Minda Sihat Sekolah Rendah PPD Sepang 2023