Thursday 7 March 2019

Program Ziarah Cakna Siri 3

Program Ziarah Cakna Siri 3 ini diteruskan dengan lawatan ke rumah murid Tahun 6 dan Tahun 3 yang merupakan anak yatim sejak 5 tahun lalu. Hari ini pihak sekolah diwakili oleh Pn Rosmah bt Jamat (PK HEM), Pn Roseniza bt Setapa (Guru Kelas), Guru-guru Bimbingan & Kaunseling dan Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG). 

Kehadiran kami ini bukan semata-mata lawatan biasa tetapi hasrat yang besar agar  amalan penyayang sebegini dapat merapatkan lagi hubungan antara penjaga dan guru. Melalui lawatan ini juga diharapkan dapat membuka ruang untuk berkongsi pendapat bagi mengembangkan potensi murid.

Komitmen padu daripada YDP PIBG; Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian dalam menjayakan program ini amat dihargai dan diharapkan mampu meningkatkan persefahaman antara penjaga dan guru dengan berfokuskan kepada kemenjadian murid.

Berikut gambar-gambar semasa lawatan dijalankan.

Sedikit buah tangan daripada pihak individu

Komitmen padu daripada YDP PIBG

Beramah mesra bersama tuan rumah

Tersenyum ...ahli lawatan disambut baik oleh keluarga murid

Lawatan ini diketuai oleh Pn Rosmah bt Jamat

Disediakan oleh,
Arzah Hussin

No comments:

Post a Comment