Thursday 1 August 2019

Kuiz Program Kalam Pendeta Kali Pertama 2019

Pada hari ini, kuiz program Kalam Pendeta telah berjaya dilaksanakan di Dataran Perhimpunan (murid sesi pagi - Tahun 4 dan Tahun 5), di Dewan Perdana (murid sesi pagi - Tahun 6) dan juga di Dewan Perdana (semua murid sesi petang). Guru Bimbingan dan Kaunseling menyediakan soalan kuiz untuk dibacakan kepada semua murid. Murid yang hendak menjawab perlu mengangkat tangan terlebih dahulu. Apabila jawapan yang diberi tersebut betul, murid ini akan diberi hadiah.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang kuiz Kalam Pendeta dijalankan:

Sesi Pagi

Pengacara majlis - Pn Juli bt Mahbah

Murid Tahun 4 dan Tahun 5 cuba menjawab soalan kuiz Kalam Pendeta

Para pemenang menerima hadiah

Puan Hjh Rohaidah bt MohdAli (Guru Besar) menyampaikan hadiah kepada pemenang

Soalan kuiz Kalam Pebdeta Tahun 6

Tahniah kepada semua pemenang

Sesi Petang:


Pengacara majlis: Pn Rozimah bt Yaakob

Bergambar kenangan bersama pemenang sesi petang

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pn Jumilah bt Ahmad, Penolong Kanan Petang

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua pemenang kuiz Kalam Pendeta. Kepada yang belum berjaya boleh cuba lagi pada kuiz yang akan datang (akhir bulan Ogos 2019).
Lagi laporan kuiz program Kalam Pendeta kali petama 2019 dalam blog SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.

No comments:

Post a Comment