Wednesday 23 October 2019

Program Ziarah Cakna Siri ke-11

Hari ini, dalam kesibukan pihak sekolah mengambil peluang untuk melawat keluarga seorang murid Tahun 6 iaitu Muhamad Irfan Darimi bin Abdullah yang tinggal di Pangsapuri Alpha Arena. Dimaklumkan ayahnya telah mengalami kemalangan dan kini masih tidak boleh bekerja. Dengan rasa tanggungjawab dan penuh keprihatinan, lawatan ini dijalankan.

Turut sama-sama ke rumah murid hari ini ialah : 
Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar),
Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian (YDP PIBG),
Pn Azizah bt Mokhlas (PK Pentadbiran),
Pn Rosmah bt Jamat (PK HEM),
Pn Jumilah bt Ahmad (PK Petang),
Pn Juli bt Mahbah, Pn Rozimah bt Yaakob, Pn Nor Arzah bt Hussin (guru-guru Bimbingan dan Kaunseling), Pn Azizah bt Ab Hamid dan Tn Hj Tarmiji bin Sabali

Semoga kata semangat dan sedikit sumbangan dari pihak sekolah meringankan beban keluarga ini. 

Berapa tinggi pucuk pisang
Tinggi lagi asap api
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi hajat hati

Untuk Irfan... jangan leka dalam berusaha menimba ilmu. Jadikanlah ujian hari ini sebagai titik permulaan membangunkan potensi diri.

Gambar sekitar lawatan pada hari ini..








..Doa dan harapan kami agar ayahanda Irfan segera sembuh...

No comments:

Post a Comment