Friday 8 November 2019

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Simposium Kaunseling Dan Pembangunan Sahsiah Peringkat Kebangsaan 2019

Tarikh: 7 November 2019
Hari: Khamis
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Kayangan Budi (Aras 2), PPD Sepang

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Simposium Kaunseling dan Pembangunan Sahsiah Peringkat Kebangsaan 2019 telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Jumlah jawatankuasa pelaksana dari Daerah Sepang adalah seramai 26 orang yang terdiri dari kalangan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Bimbingan & Kaunseling. Jawatankuasa pelaksana dari Daerah Sepang telah diamanahkan bertugas sebagai jawatankuasa protokol, persembahan dan liaison officer (LO).
Simposium dan Ekspo Kaunseling serta Pembangunan Sahsiah Murid Peringkat Kebangsaan kali ke-6 akan diadakan pada 12 November 2019 hingga 13 November 2019 bertempat di Dewan Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), Unipark Suria, Jalan Ikram-Uniten, Kajang.

Paparan gambar sepanjang mesyuarat berlangsung:

Suasana di bilik mesyuarat

Semua guru memberi tumpuan dalam mesyuarat
Bergambar kenangan selepas mesyuarat

Jawatankuasa pelaksana dari SK Taman Putra Perdana

No comments:

Post a Comment