Saturday 29 February 2020

Program Guru Penyayang - Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari 2020

Majlis Sambutan Hari Lahir Murid telah dirancang oleh Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM). Murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari telah diraikan bermula 25 Februari 2020 serta dilaksanakan mengikut kelas masing-masing. Walaupun majlis ini diraikan secara sederhana, tetapi kesannya amat bermakna kepada murid terutama kepada mereka yang diraikan. Perasaan disayangi dan dihargai serta rasa kesyukuran dapat dipupuk melalui majlis ini. Tidak dapat dinafikan ada dalam kalangan murid-murid ini tidak pernah diraikan hari lahir mereka. Oleh itu, pengalaman ini amat bermakna buat semua murid.

Kami warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan 'Selamat Hari Lahir'. Semoga di hari bahagia ini, Allah SWT sentiasa memberikan taufiq, rahmah, barakah juga lindungan kesihatan, hidayah dan redhaNya untuk semua murid yang diraikan. Didoakan kalian sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa..

Lagi laporan berkaitan Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari 2020 dalam blog SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.

Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti yang sempat dirakamkan:

Sesi pagi:





Sesi Petang:






No comments:

Post a Comment