Tuesday 28 July 2020

Program Minda Sihat: Jom Pilih Stiker Emosi

 Alhamdulillah..bertemu lagi di Blog Bimbingan dan Kaunseling. Semoga Allah S.W.T sentiasa mempermudahkan urusan kita seharian. Semua manusia tidak kira dewasa, remaja atau kanak-kanak pastinya mempunyai emosi. Emosi dapat didefinisikan sebagai pengalaman positif atau negatif yang dikaitkan dengan corak aktiviti fisiologi tertentu. 

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah kita lalui sehingga kini, pastinya ada di antara kita khususnya murid-murid akan menghadapi pelbagai emosi. Ada yang gembira, sedih, malu, marah dan sebagainya. Justeru itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah merancang aktiviti "Jom Pilih Stiker Emosi"bertujuan bagi memudahkan Guru Bimbingan & Kaunseling mendapatkan maklumat berkaitan emosi murid.

Aktiviti "Jom Pilih Stiker Emosi" ini diadakan dihadapan bilik Bimbingan & Kaunseling SKTPP pada waktu rehat setiap hari isnin, rabu dan jumaat. Murid-murid berpeluang memilih emosi yang mereka rasa seperti gembira, sedih, risau dan marah dan meletakkan stiker emosi tersebut ke dalam bakul yang disediakan. Selepas setiap kali waktu rehat, PRS yang bertugas akan membantu Guru Bimbingan & Kaunseling mengira dan mencatat jumlah emosi pada borang yang disediakan. Setiap hujung bulan pula, guru Bimbingan & Kaunseling akan membuat analisis data emosi tersebut. Data ini akan digunakan untuk membantu guru Bimbingan & Kaunseling membuat pilihan modul yang sesuai ketika masuk ke kelas ganti.

Berikut antara gambar-gambar aktiviti sempat dirakamkan semasa aktiviti ini dijalankan

Sudut "Jom Pilih Stiker Emosi" diletakkan di dadapan bilik Bimbingan Kaunseling yang menjadi laluan murid ke kedai buku pada waktu rehat

Sesi rehat Tahun 1

Dari riak wajah murid ni, pastinya kita dapat meneka stiker emosi pilihannya

Stiker emosi yang dipilih akan dimasukkan ke dalam bakul yang disediakan

Murid-murid sentasa diingatkan untuk menjaga jarak ketika proses memilih stiker emosi

Buku Rekod Stiker Emosi

PRS yang bertugas mencatat jumlah stiker emosi pada borang yang disediakan

No comments:

Post a Comment