Thursday 6 August 2020

Program Minda Sihat : Aktiviti Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Prihatin Tahun 2020

Alhamdulillah...pada hari ini termeterinya aktiviti yang dirancang oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan direstui oleh pentadbir SK Taman Putra Perdana iaitu aktiviti Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Prihatin. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan ketrampilan dan keberkesanan PRS dalam membantu Guru Bimbingan dan Kaunseling mendekati murid-murid yang mempunyai masalah emosi terutamanya selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Tema: "Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera"

Objektif: 

1) Menimbulkan kesedaran dan sikap prihatin PRs dalam usaha membantu rakan-rakan yang mempunyai masalah emosi

2) Membentuk karektor serta sahsiah diri PRS yang prihatin dan berketrampilan

3) Meningkatkan kemahiran PRS dalam komunikasi yang lebih baik dan berkesan

Penerangan dari Guru Penasihat PRS

Semua PRS tekun mendengar penerangan oleh guru

Salah seorang PRS berkongsi idea bersama rakan PRS 

Bersama-sama berbincang demi meningkatkan kualiti PRS

No comments:

Post a Comment