Program Minda Sihat
Dalam Kebiasaan Baharu merupakan satu
usaha untuk mempromosikan kesihatan mental diperingkat sekolah rendah ekoran
dari krisis Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia. Promosi minda sihat
dikenalpasti sebagai satu komponen penting dalam memupuk kesejahteraan emosi murid-murid SKTPP.
Program Minda Sihat yang bertemakan “Emosi Terjaga, Kehidupan sejahtera” bermatlamat untuk
meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan
mental dan sentiasa bertanggungjawab mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)
yang telah dikeluarkan oleh KPM untuk pembukaan semula sekolah dengan
menitikberatkan aspek keselamatan murid.
Program Minda Sihat 2.0 lebih meniktikberatkan tentang kesejahteraan emosi murid sekembalinya ke sekolah selepas Perintah kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun ini. Unit bimbingan & Kaunseling (UBK) mengambil inisiatif dalam membantu mensejahterakan emosi murid dengan menjalankan aktiviti menggunakan modul dalam bidang Psikososial & Kesejahteraan Mental Murid (PKM). Terima kasih kepada guru-guru yang membantu melaksanakan modul yang telah disediakan oleh UBK.
Berikut gambar yang dirakam sepanjang aktiviti Minda Sihat minggu ini
(01 - 05 Mac 2021)
|
Modul yang digunakan dalam aktiviti minggu ini |
|
Hari pertama aktiviti "Mari Menyanyi" |
|
Jom pergi, jom pergi ke sekolah......bait-bait lagu mari menyanyi yang dinyanyikan bersama-sama di dalam kelas |
|
Hari pertama sekolah, masih ada yang malu-malu nak nyanyi bersama-sama |
|
Hari Selasa, aktiviti SUPERVAKS. Murid membaca doa. Permulaan untuk membuat aktiviti ini agar mendapat ketenangan. |
|
Murid-murid bersama cikgu Maizara membuat aktiviti SUPERVAKS |
|
Di dalam aktiviti SUPERVAKS, murid-murid memicit-micit telinga (audio) sambil menyebut kata-kata positif seperti "Saya Sihat, Saya Hebat" |
|
Modul hari ketiga "Secangkir Rasa" |
|
Murid-murid dikehendaki melukis buih-buih perasaan untuk menggambarkan perasaan mereka di kala itu. |
|
Wow banyak biru...alhamdulillah. Biru-seronok!! |
|
Hari Khamis, aktiviti kenali diri. |
|
Murid memperkenalkan nama dan serba sedikit tentang dirinya kepada rakan sekelas |
|
Murid mendengar penerangan daripada guru mengenai "Brain Gym" |
|
Antara langkah-langkah senaman di dalam brain gym |
|
Murid kekal di tempang masing-masing. SOP masih dijaga semasa aktiviti dibuat. |
|
Hari pertama ada hadiah yang disediakan untuk murid-murid yang aktif dan bersemangat. Tahniah diucapkan. |
Sebahagian rakaman aktiviti SUPERVAKS
Comments
Post a Comment