Friday 12 March 2021

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Minggu Ke-2 Sesi Persekolahan Secara Bersemuka Tahun 2021 (8 - 12 Mac)

Minggu ini merupakan minggu ke-2 sesi  persekolahan 2021 secara bersemuka bagi murid-murid Pra, PPKI, Tahun 1 dan Tahun 2. Namun bagi  murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan secara bersemuka.

Aktiviti menyambut kehadiran murid dipintu masuk Pagar A dan B masih diteruskan seperti minggu lepas oleh AJK Unit Guru Penyayang yang bertugas. Hasil inisiatif AJK Unit Guru Penyayang Sesi Pagi, pada hari pertama persekolahan minggu ini, semua murid sesi pagi mendapat pembaris sebagai hadiah kehadiran mereka ke sekolah hari ini.

Pada hari-hari berikutnya, Unit Guru Penyayang juga telah menyediakan sebanyak 30 hadiah setiap hari untuk murid-murid yang datang awal. Semoga inisiatif ini akan memberi semangat kepada murid-murid untuk hadir ke sekolah.

Berikut merupakan gambar aktiviti menyambut kehadiran murid yang sempat dirakamkan sepanjang minggu ini 

Murid-murid menerima pembaris sebagai hadiah kehadiran mereka ke sekolah
 
Murid-murid Tahun 3 yang datang awal mendapat hadiah pensil
 
Rezeki untuk murid-murid yang datang awal ke sekolah

AJK Unit Guru Penyayang dan Guru Bertugas Mingguan sama-sama menyambut kehadiran
 murid-murid di Pagar A dan B

             Semoga murid-murid sentiasa termotivasi untuk hadir ke sekolah 

No comments:

Post a Comment