Thursday 6 May 2021

Bengkel Pelaksanaan Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu Peringkat Kebangsaan Tahun 2021

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah.

Syukur dipanjatkan kepada Allah SWT di atas kejayaan sekolah dalam membawa satu inovasi ke peringkat kebangsaan. Memenangi anugerah gangsa di peringkat kebangsaan merupakan momen-momen yang indah bagi seluruh warga sekolah.

Hari ini, dalam Bengkel Pelaksanaan Program Minda Sihat, SKTPP dijemput bersama-sama dalam membentangkan inovasi Emo The Board Game. Cikgu Juli bersama Cikgu Rozimah dan Cikgu Wan Faizol telah ke PKG Gombak dalam melaksanakan tugasan membentang produk inovasi minda sihat pada hari ini. Alhamdulillah, sungguh bersemangat cikgu-cikgu SKTPP dalam berkongsi idea membantu aspek kemenjadian murid.

Berikut gambar-gambar aktiviti semasa bengkel dijalankan. Bengkel ini dijalankan secara live di youtube daripada pukul 9.00 pagi - 4.00 petang.

Backdrop bengkel yang dijalankan secara live di youtube!

Atur cara program pada hari ini

Perasmian oleh Encik Saiful Effendi bin Mohd Zahari

Taklimat pengoperasian & pelaksanaan Program Minda Sihat oleh
 En Pilus bin Abdullah (Pegawai Unit Kaunseling & Kerjaya, KPM)

Perkongsian mengenai instrumen minda sihat oleh
 Prof Dr Marhani bt Midin (Pakar Psikaitri & Pensyarah, UKM)

Hebat cikgu Sarina dari SK Sg Lalang, Kedah. Memenangi inovasi anugerah emas sekolah rendah. Terinspirasi dengan semangat yang ada pada cikgu Sarina.

Perkongsian daripada inovasi Coping Cards daripada STAR. Pemenang anugerah emas kategori sekolah menengah

Menarik inovasi daripada SMK Sg Besar. Teknik grounding... mungkin kita boleh mencuba gunapakai di SKTPP pada masa akan datang

Taklimat mengenai manual pelaksanaan minda sihat. Lebih sistematik & mudah!! 


Guru penggerak kepada cita-cita murid. Satu video yang memaparkan kisah kecekalan seorang murid dalam mencapai cita-citanya.


Pembentangan inovasi daripada SKTPP

Saya boleh ulas di sini satu pembentangan yang luar biasa. Penuh semangat!!

Tahniah buat para pembentang!

Semoga perkongsian ini mampu memberi  idea kepada warga GBKSM seluruh negara.






                                            
    Persediaan sebelum pembentangan








Jumpa lagi bersama kejayaan-kejayaan akan datang

Video bengkel sila klik di sini:


Pembentangan Inovasi Program Minda Sihat SKTPP : Emo Board Game di jam 5:28.00..

No comments:

Post a Comment