Program Alam Menengah
Program Alam Menengah telah bermula pada 19 Februari 2022 (Sabtu), pukul 2.00 petang seperti yang dirancang. Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SK Taman Putra Perdana (SKTPP) bersama UBK SMK Putra Perdana (SMKPP), SK Taman Putra Perdana 2 (SKTPP 2) dan SK Pulau Meranti (SKPM). Tujuan utama mengadakan Program Alam Menengah ialah memberi pendedahan kepada semua murid Tahun 6 dari tiga buah sekolah ini agar lebih bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi sebelum melalui pengalaman sebenar sesi persekolahan di sekolah menengah. Seramai 186 orang murid Tahun 6 sesi 2021/2022 dari tiga buah sekolah telah berjaya menyertai program ini dengan menggunakan medium Youtube Live.
Program dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis oleh Cik Nur Dania Atieqah binti Kamarul Azudin, Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) SKTPP 2, diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Mohamad Yunus bin Muhsin, GBKSM SMKPP. Seterusnya ucapan aluan oleh Puan Norlina binti Ismail, Penolong Kanan Petang SMKPP dan diteruskan dengan ceramah oleh Puan Che Eaida binti Che Omar, GBKSM SMKPP.
Isi kandungan ceramah sangat menarik yang berkaitan tentang alam sekolah menengah terutama di SMK Putra Perdana. Penceramah berjaya menarik minat murid dengan menyelitkan beberapa soalan kuiz semasa sesi ceramah sedang berlangsung. Murid-murid Tahun 6 dari tiga buah sekolah berlumba-lumba menjawab soalan kuiz tersebut di ruangan chat yang tersedia. Keputusan pemenang kuiz seramai 10 orang dipaparkan di akhir slot ceramah.
Sila klik link berikut untuk dapatkan buku program 'Program Alam Menengah' dalam bentuk anyflip dan link youtube:
Buku program: https://anyflip.com/bungw/sddw/
Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=eJBEIrxUyaI
Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung:
Pengacara Majlis: Cikgu Dania, GBKSM SKTPP2 |
Bacaan Doa: Cikgu Muhammad Yunus, GBKSM SMKPP |
Ucapan aluan oleh Pn Norlina bt Ismail, PK Petang SMKPP |
Penceramah: Cikgu Che Eaida, GBKSM SMKPP |
Comments
Post a Comment