Monday 21 February 2022

Majlis Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA

Hari ini, Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana sangat bertuah kerana dapat turut serta ke Majlis Pelancaran Sekolahku SEJAHTERA yang dilaksanakan di Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC). Majlis Pelancaran ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Mohd. Radzi Md Jidin, Menteri Kanan Pendidikan. Konsep Sekolahku SEJAHTERA yang dilancarkan ini bermatlamat melahirkan generasi muda yang hebat serta mampu bersaing di peringkat dunia. 

Link Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=xLwgdZbpWXA&t=1719s atau https://www.youtube.com/watch?v=I4fctLNi87Q&t=1091s 


 



Pengacara majlis















Bergambar kenangan bersama rakan guru dari SK Cyberjaya

Bergambar kenangan bersama sahabat yang kini bertugas di KPM

Suasana di dalam dewan

No comments:

Post a Comment