Program Mentor Mentee Kali Pertama Sesi 2022/2023

 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan izinNya dapat kita kembali lagi melaksanakan Program Mentor Mentee bagi sesi 2022/2023. Seperti tahun sebelum ini, pelaksanaannya  berpandukan Modul Mentor Mentee yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program ini melibatkan semua murid termasuk murid Pra Sekolah.

Pengenalan:

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program Mentor Mnetee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara. (Sumber: Panduan Pelaksanaan Dan Modul Mentor Mentee, BPSH KPM)

Objektif: 

1. Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee.

2. Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.

3. Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka. 

Berikut merupakan gambar-gambar dan video aktiviti Program Mentor Mentee yang sempat dirakamkan:

Program Mentor Mentee Sesi Pagi

Modul Mentor Mentee siap sedia untuk diambil oleh mentor

Mentor mengambil Modul Mentor Mentee



Aktiviti Mentor Mentee bersama Cikgu Fakhrul di Dewan Perdana

Aktiviti Mentor Mentee bersama Cikgu Junaidah di Dewan Perdana

Aktiviti Mentor Mentee bersama Ustaz Zubair di dalam kelas

Aktiviti Mentor Mentee bersama Cikgu Norazian di Dataran Perhimpunan




Program Mentor Mentee Sesi Petang:

Aktiviti Mentor Mentee bersama Cikgu Afandi

Aktiviti Mentor Mentee bersama Ustazah Zalina

Aktiviti Mentor Mentee bersama Cikgu Rosmanini


Comments

Popular posts from this blog

Taklimat Penyelarasan Intervensi Salah Laku Buli Dan Seksual Kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 2023