Tuesday, 14 June 2022

Kursus Pemimpin Muda Tahun 2022/2023

Alhamdulillah, Kursus Pemimpin Muda Tahun 2022/2023 yang telah dirancang sejak  bulan April yang lalu berjaya dilaksanakan di SK Taman Putra Perdana pada hari ini. Kursus ini merupakan anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Pengawas, Unit Pusat Sumber Sekolah serta Jawatankuasa Pelantikan Ketua dan  Penolong Ketua Kelas. Kursus Pemimpin Muda ini diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin muda yang mempunyai karisma dan kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Ketrampilan barisan pemimpin muda ini mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid yang perlu dibentuk melalui acuan guru-guru. 

Kursus Pemimpin Muda bertempat di Dewan Perdana SKTPP

Bergambar kenangan bersama penceramah dari GTA! Malaysia (Geng Action Malaysia)

Barisan guru, penceramah dan para peserta Kursus Pemimpin Muda Benci DARVIH
 (Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, HIV dan Aids)

Lagi laporan Kursus Pemimpin Muda dalam blog SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.

Terima kasih..

No comments:

Post a Comment