Wednesday 10 August 2022

Program Motivasi Tahun 3 : Jom Henshin

Program motivasi khas buat semua murid Tahun 3 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini merupakan satu usaha untuk mengurangkan sekali gus membasmi aktiviti tidak sihat iaitu BULI dalam kalangan murid Tahun 3. Program yang bertemakan "Sekolahku Sejahtera" memberi fokus kepada sahsiah murid Tahun 3 yang bermatlamat cegah buli "Berfikir sebelum bertindak". Perkataan "henshin" berasal dari bahasa Jepun yang membawa maksud "berani berubah". Semoga program yang dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta. Berikut adalah maklumat berkaitan program:

Tarikh: 8 Ogos hingga 10 Ogos 2022

Hari: Isnin hingga Rabu

Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Anjuran: Unit Bimbingan & Kaunseling dan Unit Disiplin

Objektif program:

  1. Meningkatkan kefahaman murid tentang gejala buli
  2. Meningkatkan kesedaran murid-murid akan bahaya perbuatan buli serta kesan-kesan dan akibat terhadap mereka yang dibuli dan warga sekolah amnya.
  3. Menanam sikap saling sayang-menyayangi, tolong-menolong dan berdisiplin dalam kalangan murid-murid SKTPP
  4. Mengurangkan jumlah perbuatan buli di sekolah
Slaid Taklimat Anti Buli (Berfikir Sebelum Bertindak), sila klik https://anyflip.com/bungw/mobz/

Berikut merupakan rakaman gambar dan video semasa program dijalankan:

Ikrar Hentikan Buli

Taklimat Anti Buli oleh Penyelaras Program (Puan Nor Arzah binti Hussin)

Pengurusan peserta oleh Pn Nor Rafini binti Othman

Pengacara Majlis: Puan Nor Arzah binti Hussin

Ucapan Guru Besar, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali

Slot Ceramah: Jom Henshin oleh penceramah jemputan (Encik Shahril Sabri)

Gambar-gambar aktiviti semasa Program Jom Henshin dijalankan

Slot aktiviti bersama Fasilitator (Abang Ammar)

Bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Shahril Sabri

Bacaan Ikrar Buli di bawah pimpinan Cikgu Nor Arzah

No comments:

Post a Comment