Saturday 15 October 2022

Kem Santapan Minda Sentuhan Rohani 2022


Kem Santapan Minda Sentuhan Rohani telah dilaksanakan dengan jayanya pada 14 Oktober dan 15 Oktober 2022 di SK Taman Putra Perdana. Syukur Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada murid-murid Tahun 6, Tahun 5 dan PPKI.  Namun semua murid PPKI yang telah menghantar borang persetujuan iaitu seramai 15 orang tidak dapat menyertainya atas faktor kesihatan. 
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir SK Taman Putra Perdana (SKTPP), warga guru, staf sokongan, pekerja SKTPP,  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Syarikat Geng Take Action (GTA! Malaysia), semua ibu bapa dan semua peserta. 
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor yang turut memberi sumbangan dalam menjayakan program ini. Semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang diperolehi dari Kem Santapan Minda Sentuhan Rohani dalam kehidupan seharian. 

Maklumat Kem Santapan Minda Sentuhan Rohani telah dihebahkan kepada semua guru, ibu bapa dan murid sebelum program ini dilaksanakan. Untuk mengetahui semula maklumat tersebut, sila klik link berikut:

Berikut adalah Buku Program Kem Santapan Minda Sentuhan Rohani, sila klik link di bawah:

Lagi laporan Kem Santapan Minda Sentuhan Rohani dalam blog SK Taman Putra Perdana, sila klik link berikut: 

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment