Program Sinergi Mega (Hari Keempat)

Program Sinergi Mega diteruskan lagi pada hari yang keempat. Program pada hari ini juga melibatkan semua murid. Aktiviti dimulakan dengan Program Guru Penyayang iaitu Mengalu-alukan Kehadiran Murid dengan ceria dan bersemangat. Murid amat digalakkan sentiasa melibatkan diri dengan  aktiviti yang telah dirancang oleh pihak sekolah.  Seterusnya, murid berhimpun di Dewan Perdana sambil mengalunkan bacaan zikir dan nasyid.

          Bagi slot aktiviti Ahlan Wa Sahlan  Ya Ramadhan, semua murid diingatkan dengan niat berpuasa, rukun puasa, adab ketika berpuasa, amalan-amalan yang boleh meningkatkan pahala berpuasa dan doa berbuka puasa. Aktiviti ini hanya melibatkan murid-murid Islam sahaja. Sementara murid-murid moral terlibat dengan aktiviti moral di bawah pimpinan guru yang bertanggungjawab. 

            Aktiviti berikutnya adalah Cari Saya dan Cari Perbezaan. Modul bagi setiap aktiviti telah disediakan oleh Jawatankuasa Penyediaan Modul. Aktiviti diteruskan dengan Teknik Relaksasi – Teknik Genggam Jari. Murid didedahkan dengan teknik untuk rehatkan diri bagi mengelakkan tekanan semasa mengikuti pembelajaran di sekolah dan juga di rumah

            Bagi murid prasekolah, mereka juga terlibat dengan aktiviti Program Ahlan Wa Sahlan Ya  Ramadhan. Ustazah memberikan penerangan berkaitan ibadah puasa seperti niat berpuasa, tempoh berpuasa, doa berbuka puasa dan amalan- amalan  sunnah ketika berpuasa. Murid prasekolah juga melibatkan diri dalam Pertandingan Mewarna bersempena Program Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan.

            Alhamdulillah. Program Sinergi Mega pada hari keempat telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Guru-guru dan murid-murid telah memberikan kerjasama  yang baik dalam menjayakan Program Sinergi Mega.







Disediakan oleh : Saliza Bt Mohd Osman.

Comments

Popular posts from this blog

Taklimat Penyelarasan Intervensi Salah Laku Buli Dan Seksual Kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 2023

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)