Aktiviti Guru Penyayang : Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Mei & Jun 2023
Kehadiran guru di pagar bersama-sama PRS yang bertugas ternyata memberi semangat kepada murid-murid untuk terus melangkah menggapai cita-cita mereka. Sapaan yang mesra mampu memupuk perasaan suka hadir ke sekolah, dihargai dan diterima dalam kalangan murid-murid. Aktiviti ini dijadikan amalan dalam menonjolkan aura positif kepada murid bermula di pagar lagi.
Semoga resah yang menyelimuti diri hilang dan kembali tenang apabila melihat guru-guru menyambut kehadiran di pagar dengan senyuman ikhlas yang jelas terpancar dari wajah. Guru-guru SKTPP sentiasa mendoakan kejayaan buat kalian. Ingatlah, ilmu perlu dikejar dan ia tidak akan datang tanpa usaha. Bersemangatlah dalam menuntut ilmu.
๐Paparan gambar aktiviti sesi pagi๐
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment