Syukur, selesai sudah satu lagi komponen pemantapan dalam penilaian PRS Tahap Bongsu. Kursus ini telah dijalankan pada 19 September 2023 (Selasa). Pada tahun ini GBKSM sebagai guru penasihat PRS sendiri yang menyampaikan pembentangan mengenai kursus tersebut sebagai salah satu cara untuk lebih mendekati anak-anak PRS.
Umum mengetahui, asas komunikasi & kesedaran kendiri ini sinonim dengan PRS kerana berlatar belakangkan komunikasi yang baik dan kesedaran kendiri yang positif, pastinya akan melahirkan PRS yang hebat dan mantap dalam menjalankan tugas.
Sepanjang kursus ini dijalankan, tertarik dengan konsep kendiri yang positif oleh anak-anak PRS yang berlakon dan menyanyi secara sukarela di hadapan. Walaupun nampak simple tapi sangat memberi kesan kepada lahirnya konsep kendiri yang positif dalam diri PRS.
Semoga kursus ini mampu membantu anak-anak PRS dalam membantu diri dan rakan lain sesuai dengan tagline PRS bantu diri agar berupaya membantu orang lain.
Momen sepanjang program dijalankan (Sesi pagi)
|
Sesi pendaftaran |
|
Pendaftaran dibuat di Terminal Terabait |
|
Cikgu Arzah memulakan slot dengan tajuk Asas Komunikasi |
|
Cikgu Rozimah membantu sepanjang aktiviti dijalankan |
|
Cikgu Juli meneruskan dengan slot kedua iaitu Konsep Kendiri |
|
Video ditayangkan untuk kenalpasti tahap pemahaman peserta |
|
Well done Aqeef!! |
|
Spontan bercerita, jelas dan dia sangat faham apa yang dipelajari hari ini... Tahniah Irdina! |
|
Yusuf cuba menjawab soalan yang ditanya oleh cikgu |
|
Masih tekun mendengar sehingga tamat kursus😊 |
Momen sepanjang program dijalankan (Sesi petang)
|
Model yang diperlukan oleh cikgu Arzah untuk memberi kefahaman kepada peserta |
|
Tajuk yang disampaikan oleh Cikgu Rozimah menarik minat peserta untuk lebih memberi respon |
|
Khusyuk mendengar |
|
Serius, apa yang difikirkan agaknya ya?😉 |
|
Kemahiran mendengar yang baik |
Penuh keyakinan dan berani ini merupakan kendiri positif yang patut ada pada seorang PRS.. Tahniah Hayfa!
Comments
Post a Comment