Ziarah Cakna Siri 1 & 2 Tahun 2025
Program Ziarah cakna merupakan satu program yang diperkenalkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini dirangka oleh KPM bagi menerapkan amalan murni yang menzahirkan nilai kegembiraan, kasih sayang dan hormat menghormati dalam kalangan warga sekolah dan juga masyarakat luar.
Dalam konteks sekolah, Program Ziarah Cakna merupakan satu inisiatif sekolah dengan kerjasama PIBG untuk mempererat hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa atau penjaga. Selain mengenal pasti isu-isu yang mempengaruhi kesejahteraan dan kehadiran murid.
Melalui pendekatan turun padang, guru bersama pentadbir serta jawatankuasa terlibat akan menziarahi rumah murid-murid yang memerlukan perhatian terutamanya yang mempunyai masalah kehadiran, potensi akademik rendah atau latar belakang keluarga yang mencabar. Program ini bukan sahaja menyampaikan mesej keprihatinan sekolah, malah menjadi platform untuk menyelami realiti kehidupan murid serta mencari jalan penyelesaian secara bersama sokongan komuniti
Berikut laporan bergambar aktiviti lawatan ke rumah murid Siri 1 & 2
Siri 1 :
Masa : 3.00 petang
Tempat : Nusa Putra
Siri 2 :
Masa : 2.30 petang
Tempat : Apartmen Anggerik
Semoga lawatan ini mendapat penyelesaian daripada segala kesulitan dan sekali gus memberi impak kepada murid. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan sokongan padu daripada pentadbir dan JK PIBG didahului dengan ucapan terima kasih.
Comments
Post a Comment