Saturday 25 April 2020

Iklan Kelas Bimbingan Berkala PRS Secara Atas Talian

Assalamualaikum dan salam ceria buat Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) SK Taman Putra Perdana. Semoga semuanya sentiasa kekal duduk di rumah. Diharapkan PRS sentiasa melengkapkan hari-hari yang dilalui dengan aktiviti yang berfaedah. 

Berikut adalah iklan kelas bimbingan berkala PRS secara atas talian. 


Disertakan di sini maklumat dari pihak penganjur kelas tersebut:

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Salam Ramadhan saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia khusnya yang beragama Islam. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna kepa kita.

Maaf ganggu anda semua. Saya ingin menyampaikan Hasrat saya untuk membuka Kelas Bimbingan Online PRS berkala secara online kepada mana-mana GBK dan PRS yang berminat. Insyallah kelas berkala ini akan banyak menyentuh mengenai isu-isu berkaitan PRS secara amnya serta remaja.

Bagi kelas rintis yang mungkin diadakan pada minggu hadapan, saya berhajat untuk membuka pendaftaran kepada 5 buah sekolah yang berminat bagi menyertai kelas online ini. Ada beberapa syarat yang letakkan bagi memastikan kelas ini berjalan dan mencapai objektifnya.

1. PRS telah dimaklumkan terlebih dahulu mengenai kelas ini sebelum mereka mendaftarkan diri.
2. PRS telah mendapat kebenaran ibu bapa mereka untuk sertai kelas ini.
3. PRS mestilah benar-benar berminat untuk menyertainya tanpa paksaan mana-mana pihak.
4. PRS mempunyai akses internet yang baik
5. PRS boleh memberikan komitmen yang baik sepanjang kelas berlangsung.

Sekiranya ada GBK dan PRS yang berminat untuk turut serta boleh hubungi saya dan saya akan share link pendaftaran. Terhad untuk 50 orang PRS sahaja ya. Kelas rintis dahulu. Jika Berjaya saya open lebih ramai lagi selepas ini.

Jika da GBK yang nak join team Panel Latihan pun boleh hubungi saya juga. Sama-sama kita kongsi ilmu untuk kebaikan PRS kita.

Lagi mesej dari pihak penganjur:

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera,

Terima kasih atas kesudian untuk menyertai Kelas Online PRS anjuran saya. Mohon cikgu pastikan telah memaklumkan mengenai kelas ini kepada PRS masing-masing terlebih dahulu sebelum share link pendaftaran ini.

Untuk cikgu juga dikehendaki isi borang pendaftaran ini pada link yang sama kerana ada maklumat yang saya perlukan. Sila share link yang diberikan ini kepada PRS yang berminat untuk menyertai kelas ini .

Sekian, harap maklum.

MUHAMMAD HASNAN BIN MOHD SALIM K.B.; P.A.
Penganjur
Kelas Bimbingan Online PRS


BORANG PENDAFTARAN KELAS PRS ONLINE

Kepada yang berminat untuk menyertai kelas bimbingan PRS online ini dipohon untuk mengisi borang ini dengan lengkap dan tepat.

Link pendaftaran : https://forms.gle/8871qwKCunEBtYD89

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment