Tuesday 31 May 2022

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sesi 2022/23

Syukur alhamdulillah.... setelah dua tahun tiada majlis secara bersemuka, hari ini semua PRS diraikan dalam majlis yang sederhana tapi cukup bermakna iaitu Penyampaian Watikah Pelantikan PRS. Seramai 72 orang PRS yang terdiri daripada murid Tahun 3 hingga 6 dan juga murid PPKI terlibat dalam majlis hari ini. Kedua-dua sesi majlis hari ini dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, bacaan doa untuk memperoleh berkat dan seterusnya ucapan daripada wakil pentadbir.

Buat pengetahuan semua, Pembimbing Rakan Sebaya berperanan sebagai rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Seiring dengan falsafahnya, "Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain" dijadikan pegangan dalam membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah, juga menjadi ikon kepada murid-murid lain.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Berikut rakaman gambar sepanjang majlis dijalankan.

🔖Majlis Pelantikan PRS Sesi Pagi🔖








🔖Majlis Pelantikan PRS Sesi Petang🔖




Syabas dan tahniah buat semua ahli PRS yang cikgu sayangi.
Semoga dengan pengiktirafan ini, para PRS sekolah terus komited dalam menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah seterusnya dapat membudayakan kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid. Jadikan keikhlasan sebagai panduan dalam membentuk personaliti diri yang unggul.

No comments:

Post a Comment