Tuesday 31 May 2022

Mesyuarat Agung PRS sesi 2022/23

Selesai sahaja Penyampaian Watikah Pelantikan, kami guru-guru penasihat PRS mengambil masa yang ada untuk mengadakan Mesyuarat Agung PRS sesi 2022/23. Dua aktiviti yang dijalankan dalam mesyuarat agung kali ini ialah pertama; lantikan AJK dan yang kedua; pembahagian tugas semasa rehat.

Kepada yang berjaya mengungguli pucuk pimpinan organisasi JK PRS, tahniah cikgu ucapkan. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa. Peluang sentiasa ada pada masa akan datang dan jangan sesekali lepaskan peluang itu. Cuba dan terus mencuba!!

Dengan berbekalkan sedikit panduan dan nasihat daripada guru penasihat, cikgu mengharapkan PRS sekalian jadikan ianya satu semangat dalam menjalankan tugas.

Bersiap sedia dengan calon

Siapa nak saya undi ya.... masing-masing dah ada pilihan

Antara calon-calonnya..

Semangat mengundi... termasuk PRS daripada PPKI

Finally..

Guru penasihat menerangkan bidang tugas semasa rehat

No comments:

Post a Comment