Kursus Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu (Kesedaran Kendiri & Asas komunikasi) Tahun 2022

Seawal 7.00 pagi lagi beberapa orang ahli PRS telah datang berjumpa cikgu menunjukkan ketidaksabaran menyertai program hari ini. Berbunga-bunga hati cikgu melihat keterujaan anak-anak PRS. Hari ini, kursus ke-2 yang perlu dihadiri oleh PRS bagi melengkapkan mata bagi mendapatkan PRS Tahap Bongsu: 

Berikut objektif program untuk hari ini:

i. Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkannya dengan rakan-rakan, para guru, keluarga dan masyarakat.

ii. Memahami serta menilai kelebihan dan kelemahan diri

iii. Mengenalpasti sikap positif diri untuk dihayati dan diamalkan

Seramai 41 orang peserta yang hadir hari ini dan 9 orang merupakan PRS Tahap Bongsu. Kehadiran mereka adalah untuk memantap dan membugarkan lagi ilmu yang sedia ada.

Berikut rakaman gambar semasa program dijalankan:















Rakaman video pendek semasa aktiviti dijalankan

Usaha tangga kejayaan!

Buat anak-anak PRS, semoga berjaya mendapat PRS Tahap Bongsu💪💪💪💪

Comments

Popular posts from this blog

Taklimat Penyelarasan Intervensi Salah Laku Buli Dan Seksual Kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 2023