Thursday 21 July 2022

Program 3C (Cergas, Ceria & Cemerlang) Anak-anak PPD Daerah Sepang 2022


Tanggal 21 Julai 2022 telah berlangsungnya Program 3C (Cergas, Ceria & Cemerlang) di bawah anjuran Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang bersama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Sepang. Program ini dilaksanakan bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Utama Ibu pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Bangi, Selangor. SK Taman Putra Perdana telah menghantar dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan bagi menyertai Program 3C ini.

Selain slot ceramah, terdapat aktiviti menarik semasa Program 3C iaitu pameran dari pelbagai agensi dan pemeriksaan kesihatan percuma khas kepada semua guru pengiring. Pemeriksaan kesihatan seperti berikut:
1. Saringan Ksihatan Warga Sihat (BSSK)
2. BMI
3. Tekanan BP
4. Glucose
5. Saringan darah HIV
6. Hep C (sekiranya ada faktor risiko)
7. Saringan simptomatik TB
Buku Program 3C, sila scan QR di atas atau klik https://anyflip.com/mbdvv/grlh/

Bahan-bahan Program 3C, sila klik link berikut:

                                                                 Slaid Program 3C

                                     Lagu Gemuruh berkumandang semasa aktiviti dijalankan

                                   Lagu Chikadun berkumandang semasa aktiviti dijalankan

Suasana di dalam dewan

Barisan guru pengiring

Sijil Penyertaan untuk setiap peserta


No comments:

Post a Comment