Friday 24 November 2023

Program Khas : Perkembangan Alam Remaja

Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja pula berusia dari 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun tempoh peralihan ini berbeza di antara seseorang dengan seseorang yang lain. Oleh yang demikian, alam remaja ini perlu diterokai oleh semua murid sebagai pengetahuan dan pemahaman terhadap perubahan yang dialami.

Pengetahuan sedia ada tentang sesuatu perkara sebelum seseorang individu itu mengalami sendiri akan membantu individu supaya lebih bersedia dan melaluinya dengan tenang dan positif. Justeru, Program Khas Perkembangan Alam Remaja ini diadakan bagi memberi pendedahan dan persediaan kepada semua murid Tahun 6, murid PPKI dan PRS tentang alam remaja ini.

Anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama PIBG SKTPP, Panitia Pendidikan Islam, Unit Peningkatan Tahun 6 serta JK HEM PPKI program ini diharapkan dapat mencapai objektifnya sebagaimana yang dihasratkan Terima kasih buat semua yang menjayakan program ini.

Pautan link Buku Program










Program selesai jam 12.00 tengah hari. Semoga apa yang disampaikan oleh team GTA Malaysia dapat menambah ilmu sedia ada para peserta. Cikgu harapkan, bekalan ini dapat membantu kamu dalam menempuh alam remaja dengan sempurnašŸ’

No comments:

Post a Comment