Majlis Peluncuran Pembugaran Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM)

 



Hari ini berlangsungnya Majlis Peluncuran Pembugaran Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) sesi pagi dan petang bertempat di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana dan telah dirasmikan oleh Encik Mohd Izzuddin bin Yoop (Guru Besar). 

Taklimat ringkas berkaitan SSDM telah disampaikan oleh Tuan Haji Tarmiji bin Sabali (Guru Disiplin sesi pagi) dan Encik Mohd Roswandy bin W.Ibrahim (Guru Disiplin sesi petang). Dalam penyampaian taklimat itu, Guru Disiplin memaklumkan tentang Amalan Baik dan Salah Laku yang akan direkod oleh guru-guru. Beliau juga mengingatkan agar murid-murid sentiasa mengamalkan sifat-sifat positif bagi membolehkan guru-guru merekod amalan baik ini. 

Konsep amalan baik merupakan makanisme yang diperkenalkan dalam sistem ini untuk membudayakan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid sebagai proses pembagunan sahsiah diri. Murid dipupuk mengamalkan nilai-nilai murni sebagai amalan harian mereka supaya sebati dalam diri dan menjadi amalan walaupun selepas alam persekolahan. Semoga dengan pembugaran ini mampu melonjakkan amalan baik sehingga tahap terpuji.

Momen-momen semasa majlis Peluncuran Pembugaran SSDM sesi pagi & petang

Murid-murid sesi pagi bersedia untuk bersama-sama dalam majlis peluncuran pagi ini

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh
pengerusi majlis Pn Nor Arzah binti Hussin


Gimik Peluncuran Pembugaran SSDM disempurnakan oleh Guru Besar dengan diiringi oleh 
barisan pentadbir





Ucapan perasmian oleh Encik Mohd Izzuddin bin Yoop (Guru Besar)

Taklimat SSDM oleh Tuan Haji Tarmiji bin Sabali (Guru Disiplin Sesi Pagi)


Rangkuman momen sepanjang majlis peluncuran sesi pagi





Disediakan oleh,
Arzah Hussin
Rozimah Yaakob

Comments

Popular posts from this blog

Taklimat Penyelarasan Intervensi Salah Laku Buli Dan Seksual Kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 2023