Taklimat Kemasukan Sekolah Khusus 2025/26
9 OGOS 2024 I JUMAAT I 8.30 PAGI
Hari ini Unit Bimbingan & Kaunseling SKTPP mengambil inisiatif untuk memberi penerangan kepada bakal-bakal penghuni Sekolah Berasrama Penuh/SMKA. Enam kelas Tahun 6 dikumpulkan untuk mendengar taklimat kemasukan sekolah khusus sesi 2025/26 pada pagi ini dan ianya diharapkan dapat membantu murid-murid dalam membuat persediaan untuk menghadapi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khas (PKSK).
Pada tahun lepas, satu program awal mengenai motivasi dan matlamat ke sekolah khusus telah dijalankan melalui program menyerlah jauh dari biasa. Diharapkan rentetan itu murid-murid Tahun 6 sekarang telah mempunyai matlamat dan bersedia mendapatkan tempat di sekolah khusus.
Semoga berjaya buat anak-anak Tahun Enam sesi 2024/25
Berikut gambar semasa taklimat diadakan :
Comments
Post a Comment