Tuesday, 9 January 2018

Pelancaran Program Guru Penyayang 2018

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang 2018. Majlis yang berlangsung dalam dua sesi pagi dan petang, kelihatan meriah dan berjalan lancar. 

Majlis pada sesi pagi disempurnakan oleh Pn. Guru Besar, Pn. Hajah Rohaidah bt Mohd Ali manakala pada sesi petang telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwan Murid, Pn. Rosmah bt Jamat.

Objektif program:

q Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah;
q Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa; dan 
q Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

Untuk makluman, antara pengisian yang dirancang dalam Program Guru Penyayang sepanjang tahun 2018, adalah : 

q Mengalu-alukan kehadiran dan kepulangan murid;
q Mentor mentee; dan 
q Penghargaan murid (sambutan hari lahir)

Berikut adalah rakaman gambar sepanjang program berlangsung:



  • Sesi Pagi
Ucapan perasmian pelancaran Program Guru Penyayang 2018 oleh Guru Besar SKTPP



Simbolik perasmian dengan memotong kek



Sesi Petang

1. Pn. Nor Arzah Hussin mengacarakan majlis 
2. Ustaz Muhamad Saifoll Ngabiah memimpin bacaan doa
Ucapan perasmian pelancaran program oleh PK HEM, Pn. Rosmah Jamat


Guru penyayang

Murid-murid yang disayangi

Acara memotong reben bunting dan kek sebagai gimik pelancaran program. 

Suasana meriah selepas gimik pelancaran
  
Barisan guru, AJK Program Guru Penyayang 2018 (sesi petang)

No comments:

Post a Comment