Program Maju Diri (PMD)Tahap 2 Tahun 2018

Program Maju Diri (PMD) merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan pada semua murid Tahap 2 di sekolah-sekolah Negeri Selangor.


Antara objektif program ini adalah untuk :-


*Mengembalikan semula keinginan untuk belajar setelah bercuti dalam tempoh masa yang lama.
*Meningkatkan minat murid-murid untuk belajar.
*Membentuk matlamat hadir ke sekolah.
*Menimbulkan kejelekitan sesama rakan sekelas.
*Memupuk kesedaran tentang pentingnya pengurusan ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan diri. 
*Dapat merancang masa depan dengan baik dan berusaha membina kecemerlangan diri dari segi akademik dan pembentukan sahsiah.

Program ini telah berlangsung selama 2 hari (3 & 4 Januari 2017) iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga 10.00 pagi pada hari pertama dan dari pukul 7.45 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari kedua. 

Aktiviti untuk hari pertama 3 Jan 2018:-
* Penerangan aktiviti PMD
* Ujian Pra
* Ice Breaking
* Aktiviti Senamrobik


Aktiviti untuk hari kedua 4 Jan 2018:-
* Tahun 4 dan 5
   - Sesi Ceramah - Kemahiran Belajar
   - Aktiviti Modul 1
     1. Kad Nombor - Tahun 4
     2. Pen Marker - Tahun 5
   - Aktiviti Modul 2
     1. Telur, Ayam, Dinasour - Tahun 4
     2. Bola S - Tahun 5
* Tahun 6
   - Aktiviti Modul 1 - Nilai Diriku
   - Aktiviti Modul 2 - En. Spongebob
   - Sesi Ceramah - Kemahiran Belajar
    
Gambar-gambar sepanjang Program Maju Diri dijalankan




















































Comments

Popular posts from this blog

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)

Program Intervensi Minda Sihat Sekolah Rendah PPD Sepang 2023

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 2023