Friday 10 January 2020

Pelancaran Program Guru Penyayang Tahun 2020


Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, pada hari ini tanggal 9 Januari 2020 bersamaan hari Khamis, pihak SK Taman Putra Perdana di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya melaksanakan Pelancaran Program Guru Penyayang Tahun 2020. Program Guru Penyayang adalah satu amalan murni yang sentiasa menjadi amalan di Sekolah kebangsaan Taman Putra Perdana. Tujuan utama program ini adalah bagi mewujudkan nilai penyayang dan sifat kepedulian guru terhadap murid-muridnya. Amalan penyayang perlu diterapkan oleh semua guru agar kemenjadian murid tercapai.

Alhamdulillah, segala perancangan bagi Program Guru Penyayang bagi Tahun 2020 berjaya dilancarkan dan disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana.

Objektif Program:
  • Membentuk karekter serta sahsiah diri murid yang terpuji dan disenangi warga sekolah
  • Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.
  • Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.
Atur Cara:
Sesi Pagi: 7.20 pagi hingga 8.00 pagi
Sesi Petang: 1.20 tengah hari hingga 2.00 petang
  • Murid-murid berkumpul di Dewan Perdana
  • Ucapan aluan pengacara majlis
  • Bacaan doa
  • Ucapan perasmian Guru Besar
  • Gimik Pelancaran Program Guru Penyayang
  • Simbolik penyerahan amanah dari Guru Besar kepada penyelaras tahun 
  • Acara pemotongan kek pelancaran Guru Penyayang 2020
  • Sesi bergambar
  • Majlis bersurai

Paparan gambar sepanjang majlis berlangsung: 
(Sesi Pagi)

Ucapan perasmian oleh Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali;
Pengacara majlis oleh Pn Arnny Yusnita binti Md Enarji;
Bacaan doa di bawah pimpinan Ustaz AhmadZubair bin Haji Muhammad Taib

Simbolik penyerahan amanah kepada penyelaras tahun 4, 5 dan 6

Barisan pentadbir dan guru-guru sesi pagi

Alhamdulillah..dapat makan kek yang disuapkan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran

Bergambar kenangan selepas perasmian pelancaran oleh Guru Besar

Acara pemotongan kek pelancaran Program Guru Penyayang 2020

Paparan gambar sepanjang majlis berlangsung: 
(Sesi Petang)

Ucapan perasmian oleh Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SKTPP
Pengacara majlis: Puan Nor Arzah binti Hussin
Bacaan doa: UstazAbdul Hafiz bin Abdul Halil

Gimik pelancaran Program Guru Penyayang

Bergambar kenangan dengan pentadbir dan barisan jawatankuasa Guru Penyayang 

Bertuahnya....cikgu suap kek hari ini.

Kenangan manis di majlis pelancaran Program Guru Penyayang
Lagi laporan Pelancaran Program Guru Penyayang Tahun 2020 dalam blog SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini.

Disediakan oleh:
Pn Siti Rabiaah binti Mohamed
Pn Noor Hayati binti Yusof
Pn Juli binti Mahbah

No comments:

Post a Comment