Saturday, 18 January 2020

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 2020

Pembimbing Rakan Sebaya atau dikenali sebagai PRS merupakan nadi penggerak kepada Unit Bimbingan & Kaunseling (B&K). Seramai 72 orang PRS di SK Taman Putra Perdana terdiri daripada murid Tahun 3,4,5 & 6 telah menerima watikah pelantikan pada hari ini.

Perkhidmatan PRS di sekolah berperanan sebagai rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Di samping itu, PRS juga membantu menggerakkan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah, serta menjadi ikon kepada murid-murid lain. Justeru, PRS akan menjalankan tugas sebagai rakan sebaya yang positif dan berketrampilan dengan tagline "Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain".

Sekitar Majlis Menyerahan Watikah Pelantikan PRS Sesi Pagi

Dipengerusikan oleh Pn Juli bt Mahbah dan
ucapan telah disempurnakan oleh Pn Rosmah bt Jamat (PK HEM)

Pn Rosmah menyampaikan watikah pelantikan kepada PRS

Seramai 56 orang PRS sesi pagi menerima watikah pelantikan pada hari ini

Bacaan ikrar PRS diketua oleh Nur Dania Alesya bt Mohd Zaidi

Memotong kek tanda kesyukuran selepas pelantikan dibuat

Bergambar kenangan bersama barisan pentadbir dan Guru Bimbingan & Kaunseling

Sekitar Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan PRS Sesi Petang

1. Dipengerusikan oleh Pn Rozimah bt Yaakob
2. Bacaan Doa oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil
3. Ucapan telah disempurnakan oleh Pn Jumilah bt Ahmad (PK Petang)

Penyampaian watikah disempurnakan oleh Pn Jumilah bt Ahmad

Seramai 16 orang PRS telah menerima watikah pelantikan pada hari ini


Bacaan ikrar diketuai oleh Izz Zahirul (3 Vivo)

Seronok adik-adik PRS hari ini dapat makan kek sempena penyampaian watikah pelantikan 2020

Bergambar kenangan bersama Pn Jumilah bt Ahmad dan guru-guru

Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan PRS bagi sesi 2020 atas pelantikan pada hari ini. Semoga kalian dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Jadikanlah keikhlasan sebagai panduan dalam membentuk personaliti diri yang unggul serta mengutamakan kesejahteraan diri dalam memberi bantuan.

No comments:

Post a Comment