Friday 10 January 2020

Taklimat Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 2020

Taklimat Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 4 dan Tahun 5:
Tarikh: 3.1.2020
Hari: Jumaat
Masa: 9.50 pagi hingga 10.05 pagi
Tempat: Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Taklimat Pembimbing Rakan Sebaya Tahun 6:
Tarikh: 9.1.2020
Hari: Khamis
Masa: 10.50 hingga 11.15 pagi
Tempat: Bilik Bimbingan dan Kaunseling

Taklimat khas kepada Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diadakan  bertujuan mengingatkan semula kepada PRS tentang uniform PRS dan tugas PRS.
Uniform PRS bagi murid lelaki ialah baju kemeja putih, seluar biru tua, kasut dan stoking hitam, vest PRS dan tali leher.
Uniform PRS bagi murid perempuan ialah baju kurung / baju kemeja putih, kain biru tua, kasut dan stoking hitam, vest PRS, tudung ungu dan tali leher (PRS yang memakai kemeja). Pada tahun ini merupakan tahun pertama PRS perempuan yang beragama Islam memakai tudung berwarna ungu.
Salah satu tugas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada guru bimbingan dan kaunseling.

PRS sedang mendengar taklimat berkaitan tugas PRS
 
Guru Penasihat PRS  bersama PRS Tahun 4 dan PRS Tahun 5
Guru Penasihat PRS bersama PRS Tahun 6

No comments:

Post a Comment