Program Transformasi Diri (PTD) 2020

Program Transformasi Diri (PTD) 2020

Program Transformasi Diri (PTD) atau dulunya dikenali sebagai Program Maju Diri (PMD) merupakan salah satu program wajib di awal sesi persekolahan sekolah-sekolah di negeri Selangor.  Program ini dijalankan atas matlamat untuk melahirkan murid yang berwatak mulia, berketrampilan positif dan pandai bersosial di samping mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan murid-murid. Program Transformasi Diri ini dilaksanakan bagi membugarkan semula semangat belajar agar murid-murid lebih bermotivasi, bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk memajukan diri.

Antara objektif utama program ini dijalankan adalah untuk
* Mengembalikan semula keinginan untuk belajar setelah bercuti dalam tempoh masa yang lama
* Meningkatkan minat dan motivasi murid untuk belajar bagi mencipta kecemerlangan.
* Membentuk modal insan yang cemerlang dan berhemah

Program ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu pada 6 & 7 Januari 2020. Sasaran program ini adalah semua murid Tahap 2 iaitu murid Tahun 4, 5 dan 6. Antara pengisian program adalah seperti senamrobik, Ujian Personaliti, Magic Show dan Ceramah Transformasi Diri.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program dijalankan..

Aktiviti Hari Pertama Program

Buku Program

Pn Juli sebagai pengacara majlis

Bacaan doa oleh ustaz Ahmad Mustafid

Murid prasekolah turut serta bersenamrobik
Cikgu-cikgu pun suka nak bersenamrobik

 Ikut jer...instructor kat depan tu..

 Antara instructor yang terlibat dalam senamrobik

Peserta yang sentiasa bersemangat!!!

Penyampaian cenderamata untuk instructor senamrobik

Murid-murid Tahap 2 menjawab ujian personaliti di kelas masing-masing

Aktiviti sekitar hari kedua program 

Semua murid Tahun 4, 5 & 6  sedia berkumpul di Dataran Perhimpuan untuk aktiviti PTD hari kedua

Taklimat aktiviti  hari kedua PTD oleh Pn Juli. Aktiviti dimulai dengan pertunjukan silap mata dan seterusnya Ceramah Transformasi Diri

Aksi ustaz magic (Ustaz Hadri) menikam kertas dan memecah belon sambil menutup mata

Ustaz Magic mengoyakkan kertas surat khabar menjadi kepingan yang kecil

Kertas surat khabar tercantum semula 

 Persembahan silap mata menggunakan penyangkut baju

 Persembahan penutup aksi silap mata oleh ustaz magic

Sesi penyampaian cenderamata oleh Pn Hajjah Rohaidah kepada ustaz Magic

 Murid-murid Tahun 4 & 5 besedia untuk mendengar ceramah di Dewan Perdana

 Cikgu Juli memulakan sesi ceramah dengan memperkenalkan penceramah jemputan dari MTM Group
 Penceramah jemputan : En Afif Aqil bin Azlan dari MTM Group

 En Afif memulakan ceramah dengan tajuk fungsi otak manusia

 Murid-murid memberi tumpuan ketika sesi ceramah

 Antara aktiviti yang dibuat semasa slot ceramah untuk murid-murid Tahun 6

 Sesi penyampaian sijil untuk penceramah oleh Pn Rosmah bt Jamat

Antara murid yang dipilih untuk membuat ujian post program di Bilik Bimbingan & Kaunseling 

Comments

Popular posts from this blog

Taklimat Penyelarasan Intervensi Salah Laku Buli Dan Seksual Kepada Guru Bimbingan Dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Tahun 2024

Program MEKAR (Melangkah Ke Alam Remaja)

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) Tahun 2023